Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Produk madu Manuka dari NZ ditarik balik di S'pura

Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan (AVA) mengeluarkan pengumuman untuk menarik balik produk-produk madu Manuka jenama Evergreen buatan New Zealand semalam (26 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Produk madu Manuka dari NZ ditarik balik di S'pura

Produk madu Manuka jenama Evergreen. (Gambar: AVA)

Diterbitkan : 27 Feb 2016 04:18PM Dikemas Kini : 27 Feb 2016 04:46PM

SINGAPURA: Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan (AVA) mengumumkan penarikan balik produk-produk madu Manuka jenama Evergreen buatan New Zealand semalam (26 Feb).

AVA menyatakan bahawa Kementerian Industri Asas New Zealand menasihati syarikat Evergreen Life Limited supaya menarik balik produk-produk mereka.

Ini kerana terdapat keprihatinan yang mendakwa bahawa bahan-bahan yang tidak diluluskan seperti dihydroxyacetone (DHA) dan methylglyoxal (MG) mungkin digunakan dalam proses membuat madu.

Kementerian tersebut menyatakan bahawa tiada risiko keselamatan makanan yang dikaitkan dengan produk-produk yang ditarik balik.

Namun AVA kini sedang bekerjasama dengan para pengimport makanan untuk menarik balik dengan serta-merta produk-produk yang dijual, disebabkan oleh peraturan makanan yang tidak membenarkan sebarang bahan tambahan dicampur dengan madu.

AVA menasihati orang ramai yang sudah membeli produk-produk itu supaya jangan menggunakannya.

Mereka yang sudah menggunakan produk tersebut dan mengalami sebarang masalah kesihatan dinasihati supaya segera berjumpa doktor. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan