Skip to main content

Singapura

Produk EGO Swiss Roll berperisa strawberi ditarik balik, kandungan asid sorbik berlebihan, kata SFA

Jumlah bahan pengawet yang digunakan dalam  produk EGO Swiss Roll diperbuat di Malaysia melebihi had yang dibenarkan dan ditarik balik oleh Agensi Makanan Singapura (SFA).

Anggaran Waktu Membaca:
Produk EGO Swiss Roll berperisa strawberi ditarik balik, kandungan asid sorbik berlebihan, kata SFA

(Gambar: SFA)

Diterbitkan : 20 Jan 2023 11:19PM

SINGAPURA: Jumlah bahan pengawet yang digunakan dalam  produk EGO Swiss Roll diperbuat di Malaysia melebihi had yang dibenarkan dan ditarik balik oleh Agensi Makanan Singapura (SFA).

Asid sorbik dikesan dalam produk EGO Swiss Roll berperisa strawberi - yang mempunyai tarikh luput pada 3 September 2023 - dan didapati melebihi had maksimum yang ditetapkan dalam Peraturan Makanan Singapura.

SFA menyatakan dalam satu kenyataan pada Jumaat (20 Jan) bahawa ia telah mengarahkan pembekal makanan itu, Kee Wee Hup Kee Food Manufacture Pte Ltd supaya menarik balik produk itu sebagai langkah berjaga-jaga dan penarikan balik produk itu sedang dijalankan.

Asid sorbik adalah bahan tambahan makanan yang dibenarkan bagi tujuan pengawet.

"Pengambilan produk yang terjejas itu tidak mungkin akan menimbulkan sebarang kesan kesihatan yang buruk disebabkan oleh kadar toksiknya yang rendah," menurut SFA.

Namun  pelanggan yang telah membeli produk itu dan mempunyai keprihatinan tentang kesihatan mereka tidak harus memakannya.

Mereka boleh menghubungi tempat di mana mereka mendapatkan produk itu jika mempunyai sebarang pertanyaan, tambah SFA.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita