Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Produk ayam disalah label, Muis nasihat periksa label produk sebelum membeli

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan bahawa ia maklum tentang satu catatan Facebook mengenai produk ayam yang disahkan Halal oleh Muis dan dijual di NTUC FairPrice, namun disalah label sebagai daging babi.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan bahawa ia maklum tentang satu catatan Facebook mengenai produk ayam yang disahkan Halal oleh Muis dan dijual di NTUC FairPrice, namun disalah label sebagai daging babi.

Muis dalam satu catatan Facebook hari ini (14 Ogos), menyatakan ia maklum bahawa NTUC FairPrice sudahpun meminta maaf dan menjelaskan bahawa proses tambahan telah dilaksanakan untuk mengelakkan kejadian berulang.

Menurut NTUC Fairprice, ia maklum tentang satu catatan di sebuah kumpulan Facebook mengenai sebuah produk ayam halal yang dilabelkan sebagai daging babi.

"Kami memandang serius terhadap perkara ini dan telah melaksanakan proses tambahan untuk mengelakkan kesilapan serupa daripada berlaku pada masa hadapan.

"Kami menyedari sensitiviti yang menyelubungi kesilapan itu dan meminta maaf atas segala kesalahan yang berlaku," menurut rangkaian pasaraya itu di Facebook pada Jumaat (13 Ogos).

NTUC FairPrice menggesa kepada para pelanggan yang mendapati sebarang kesilapan pelabelan supaya memaklumkannya kepada kakitangan bertugas dengan segera supaya ia dapat diperbetulkan dengan serta-merta.

Muis menyatakan insiden itu merupakan peringatan yang baik kepada para pelanggan Muslim supaya memeriksa label produk sebelum membuat pembelian.

"Jika kesilapan sedemikian berlaku, adalah baik untuk memaklumkannya kepada kakitangan pasar raya/premis dengan segera untuk mendapatkan penjelasan dan pembetulan.

"Mari kita mainkan peranan kita sebagai rakyat bertanggungjawab dan tidak menimbulkan rasa panik atau salah faham yang tidak perlu," kata Muis.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan