Skip to main content

Singapura

Procter & Gamble buka makmal R&D baru di S'pura

Procter & Gamble sedang meluaskan keupayaan kajian dan pengembangan syarikat itu dalam sektor penjagaan bayi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Jun 2021 05:58PM Dikemas Kini : 28 Jun 2021 08:50PM

SINGAPURA: Procter & Gamble sedang meluaskan keupayaan kajian dan pengembangan syarikat itu dalam sektor penjagaan bayi.

Ia telah melancarkan Makmal Inovasi Penjagaan Bayi syarikat itu yang pertama di Singapura.

Matlamat P&G agar dapat memenuhi permintaan para pengguna yang semakin meningkat di rantau ini di mana dua pertiga daripada jumlah bayi di merata dunia dilahirkan.

Makmal itu yang terletak di Biopolis akan menghasilkan pelbagai prototaip produk-produk baru penjagaan bayi.

Ini akan membantunya mengenal pasti masalah dan mencegah berlakunya kesilapan yang boleh menyebabkan kerugian besar.

Sejauh ini, P&G telah mengagihkan 200 pek penjagaan bayi di bawah program kidSTART, satu inisiatif untuk membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah. 

Sumber : CNA/IA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita