Skip to main content

Singapura

Pro Bono SG tubuh pusat baharu di Woodlands untuk hulur bantuan guaman kepada keluarga bergaji rendah

Keluarga-keluarga berpendapatan rendah yang menetap di barat laut Singapura kini boleh mendapatkan khidmat guaman menyeluruh yang boleh diakses dengan lebih mudah untuk pelbagai isu seperti perselisihan keluarga dan kecederaan diri.

Anggaran Waktu Membaca:
Pro Bono SG tubuh pusat baharu di Woodlands untuk hulur bantuan guaman kepada keluarga bergaji rendah
Diterbitkan : 20 Jan 2024 07:51AM Dikemas Kini : 20 Jan 2024 07:58AM
SINGAPURA: Keluarga-keluarga berpendapatan rendah yang menetap di barat laut Singapura kini boleh mendapatkan khidmat guaman menyeluruh yang boleh diakses dengan lebih mudah untuk pelbagai isu seperti perselisihan keluarga dan kecederaan diri.

Ini selepas sebuah pusat guaman masyarakat yang baharu dilancarkan oleh Pro Bono SG di Woodlands.

Pusat baharu itu ditempatkan di pertubuhan amal Realm of Tranquility, yang dikendalikan oleh sebuah kumpulan yang terdiri daripada para peguam masyarakat.

Ia adalah sebahagian daripada perjanjian yang dimeterai pada Jumaat (19 Jan), di mana Yayasan R.S. Soloman juga akan mengumpul dana bagi pusat-pusat guaman masyarakat Pro Bono SG.

Selain itu, akan ada lebih banyak usaha untuk membantu mereka yang terpinggir secara sosial untuk belajar tentang hak undang-undang mereka.

Sepanjang tiga tahun akan datang, kajian juga akan dijalankan untuk menilai kesan pusat itu ke ayas masyarakat.

Jika berjaya kelak, terdapat rancangan untuk membuka lebih banyak pusat sedemikian di kawasan-kawasan lain di Singapura.

"Pusat ini akan menyediakan khidmat-khidmat seperti bantuan guaman dan perwakilan undang-undang, dan juga program kesedaran undang-undang.

"Dan ia menyasarkan untuk mengendalikan sekurang-kurangnya 1,200 kes setiap tahun. Salah satu ciri-ciri inovatif pusat itu adalah panel semakan kes.

"Di pusat ini, karyawan undang-undang dan pekerja sosial, mereka akan bekerja rapat kerana terdapat kes-kes rumit yang melibatkan hal-hal undang-undang dan sosial," dedah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Masagos Zulkifli.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita