PRN Melaka: Calon perhebat kempen, pikat undi pada saat akhir
Calon PH bagi PRN Melaka 2026. (Gambar: BERNAMA)
- Ahead of the 16th Melaka state election on Saturday, 14 November, Pakatan Harapan (PH) candidates Adly Zahari, Farzana Hayani Mohd Nasir and Mohammad Mukhlisul Mubin used the final day of campaigning in Bukit Katil, Kelebang and Kuala Linggi to reach out to electors, hear their views and seek their mandate.
- Adly promised to continue helping to resolve residents’ issues, while Farzana described the reception over the two-week period as good. Mukhlis highlighted flooding, internet access and the welfare of fishermen, and hoped young electors would also help determine the future of their areas, leaving the decision to the electors.
- Menjelang PRN Melaka ke-16 pada Sabtu, 14 November, calon PH Adly Zahari, Farzana Hayani Mohd Nasir dan Mohammad Mukhlisul Mubin menggunakan hari terakhir kempen di Bukit Katil, Kelebang dan Kuala Linggi untuk mendekati pengundi, mendengar pandangan serta mendapatkan mandat.
- Adly berjanji terus membantu menyelesaikan isu penduduk, sementara Farzana menyifatkan sambutan selama dua minggu sebagai baik; Mukhlis pula mengetengahkan isu banjir, Internet dan kebajikan nelayan, berharap pengundi muda turut menentukan masa depan kawasan mereka, dengan keputusan diserahkan kepada pengundi.
MELAKA: Berbaki kurang 24 jam menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada Sabtu (14 Nov), calon-calon bertanding menggunakan saat-saat akhir berkempen pada Jumaat untuk meraih sebanyak mungkin sokongan serta merayu supaya diberi mandat di kawasan masing-masing.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil Adly Zahari umpamanya terus mendekati pengundi dengan mengulangi kunjungannya ke beberapa lokasi untuk menyampaikan mesej serta tawaran PH.
"Alhamdulillah, respons yang diterima amat baik dan kempen di Bukit Katil juga berlangsung dalam keadaan cukup harmoni. Saya menghargai warga Bukit Katil atas sokongan mereka.
"Namun tidak dinafikan terdapat pengundi yang meminta supaya prestasi serta khidmat kepada rakyat di DUN Bukit Katil ditambah baik sekiranya diberikan mandat sekali lagi. Pada masa yang sama, mereka menyatakan kesediaan untuk memberikan sokongan kepada PH," katanya kepada Bernama.
"Namun, apa pun keputusan yang dibuat oleh pengundi Bukit Katil nanti, saya akan membantu menyelesaikan segala isu atau masalah mereka kerana kita (PH) masih kerajaan pada peringkat Persekutuan. Saya fikir agensi kerajaan negeri juga sentiasa berusaha untuk memastikan keperluan masyarakat Bukit Katil dapat dipenuhi," katanya.
Calon PH bagi DUN Kelebang Farzana Hayani Mohd Nasir atau lebih dikenali sebagai Nana pula berkata sambutan masyarakat sepanjang dua minggu berkempen memberangsangkan dalam usahanya meraih mandat di kawasan itu.
"Sepanjang dua minggu ini, sambutan masyarakat Kelebang amat menggalakkan. Nana berpeluang bertemu pelbagai lapisan masyarakat, mendengar sendiri pandangan, keluhan serta harapan mereka. Banyak perkara Nana pelajari dan setiap pertemuan itu amat bermakna," katanya.
Mengulas peluang merampas kerusi berkenaan, Cik Farzana berkata beliau yakin dengan usaha yang sudah dilaksanakan bersama pasukannya sepanjang tempoh kempen, namun menyerahkan keputusan kepada pengundi.
Dalam pada itu, calon PH bagi kerusi DUN Kuala Linggi Mohammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah atau lebih dikenali sebagai Mukhlis Mubin berkata sambutan pengundi khususnya pengundi muda selepas dua minggu beliau berkempen sangat baik.
“Ramai yang terbuka untuk mendengar idea dan pendekatan baharu yang ingin saya bawa, terutama dalam menyelesaikan isu setempat seperti banjir, capaian Internet dan kebajikan nelayan. Saya berharap penerimaan positif ini dapat diterjemahkan kepada undi,” kata calon termuda pada PRN Melaka itu.
Mengenai peluangnya memenangi kerusi berkenaan, Mukhlis Mubin mengakui DUN Kuala Linggi bukan kerusi mudah, namun beliau dan pasukan sudah berusaha sebaik mungkin untuk mendekati masyarakat dan memperkenalkan tawaran kepada pengundi.
“Pada tahap ini, yang penting adalah terus berikhtiar hingga saat akhir. Soal menang atau kalah, saya serahkan kepada kebijaksanaan pengundi Kuala Linggi. Apa pun keputusannya, saya bersyukur diberi peluang untuk membawa suara dan harapan anak muda di sini,” katanya.
Encik Mukhlis Mubin mengajak seluruh warga DUN itu untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi selain berharap pengundi muda mengambil peluang pada PRN kali ini untuk bersama menentukan masa depan Kuala Linggi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.