Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pritam Singh seru gaji minimum menyeluruh dari asas S$1,300

Singapura boleh melaksanakan gaji minimum menyeluruh dengan S$1,300 sebagai asas sekalipun sedang ia meneroka penambahbaikan mengikut sektor di bawah pendekatan "gaji minimum ditambah" (minimum wage plus) oleh Pemerintah, kata Ketua Pembangkang Pritam Singh pada Isnin (12 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
Pritam Singh seru gaji minimum menyeluruh dari asas S$1,300

Encik Pritam Singh.

Diterbitkan : 13 Oct 2020 08:50AM Dikemas Kini : 13 Oct 2020 08:51AM

SINGAPURA: Singapura boleh melaksanakan gaji minimum menyeluruh dengan S$1,300 sebagai asas sekalipun sedang ia meneroka penambahbaikan mengikut sektor di bawah pendekatan "gaji minimum ditambah" (minimum wage plus) oleh Pemerintah, kata Ketua Pembangkang Pritam Singh pada Isnin (12 Okt).

"Usaha selari" ini - dengan gaji asas tertakluk kepada pengkajian semula secara berkala - boleh dipertimbangkan oleh Kumpulan Kerja Perikatan Tiga Pihak mengenai Pekerja Bergaji Rendah yang baru, kata Encik Singh dalam satu catatan di Facebook.

Istilah "gaji minimum ditambah" digunakan oleh para anggota Kabinet termasuk Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo dan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam untuk merujuk kepada Model Gaji Progesif (PWM) Singapura, yang bertujuan menaikkan gaji pekerja apabila mereka meningkatkan kemahiran serta daya penghasilan mereka.

Di Singapura, PWM adalah wajib bagi industri-indursti pembersihan, keselamatan dan landskap tetapi bukan untuk sektor-sektor lain.

"Pendekatan gaji minimum ditambah mengiktut sektor yang diambil Pemerintah merangkumi aspek-aspek lain seperti daya penghasilan sektor dan kemajuan kerjaya, yang semuanya tidak dapat dibantah," kata Ketua Parti Pekerja itu yang juga Anggota Parlimen (AP) Aljunied.

"Masalah dengan pendekatan mengikut sektor terhadap gaji minimum adalah ia mengambil masa terlalu lama untuk dilaksanakan. Sudah lapan tahun berlalu dengan tiga sektor diliputi.

"Ini jauh terlalu lama bagi rakyat Singapura yang bekerja di luar sektor-sektor tersebut. Berapa lama harus mereka tunggu?" kata Encik Singh.

Kumpulan kerja perikatan tiga pihak yang baru diumumkan pada Ahad, kelihatan berpegang kepada pendekatan "gaji minimum ditambah" mengikut sektor bagi membantu para pekerja, tambah Encik Singh.

Beliau merujuk kepada catatan-catatan Facebook sebelum ini yang dibuat oleh Cik Teo dan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Ng Chee Meng.

Cik Teo pada Ahad berkata pertumbuhan gaji sudahpun disokong oleh PWM "yang secara mampan meningkatkan gaji pekerja dalam beberapa sektor sejajar dengan daya penghasilan".

"Dalam sektor yang mewajibkan PWM, ia adalah penting untuk mengekalkan pertumbuhan gaji. Kami mahu meluaskan PWM untuk meliputi lebih ramai pekerja sementara melindungi daya kerja mereka," kata Cik Teo.

Secara berasingan, Encik Ng juga berkata pada Ahad bahawa kumpulan kerja yang baru itu akan membolehkan NTUC "menggesa bagi pengembangan PWM wajib dalam lebih banyak sektor".

Pada Isnin, Encik Singh berkata: "Gaji minimum menyeluruh untuk pekerja warga Singapura bukan hanya satu tuntutan moral, ia juga satu tindakan perpaduan nasional, sesuatu yang lebih-lebih lagi relevan dalam persekitaran ekonomi hari ini."

"Saya berharap majikan, perniagaan, kesatuan dan Pemerintah memikirkan isu ini sebagai sesuatu yang melampaui nilai dolar dan sen, tetapi sebagai asas penting perpaduan nasional kita," tambahnya. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan