Pritam Singh saran pinjaman SkillsFuture bebas faedah untuk bantu pekerja jalani latihan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ketua Pembangkang Pritam Singh mengulangi gesaan Parti Pekerja (WP) supaya pemerintah memperkenalkan pinjaman SkillsFuture bebas faedah pada Isnin (26 Feb), iaitu hari pertama Kenyataan Belanjawan dibahaskan di parlimen.
Setiausaha Agung WP itu berkata tokokan pada SkillsFuture yang diumumkan Belanjawan 2024 adalah dasar yang penting, namun pinjaman bebas faedah akan memudahkan lagi latihan.
Secara keseluruhannya, parti tersebut menyokong Belanjawan 20024 kerana ia "memenuhi keperluan" warga Singapura dan "bukan sesuatu yang tidak diinginkan".
Namun dalam respons kepada kenyataan itu, beliau berkata terdapat ketidakpadanan yang meningkat antara cita-cita dengan realiti, dan dengan menawarkan pinjaman SkillsFuture, ia dapat membantu menangani isu tersebut.

Pinjaman itu boleh disesuaikan bagi kursus-kursus dalam industri pertumbuhan tinggi yang kekurangan tenaga kerja tempatan, atau dalam sektor ekonomi penting yang lain, kata Encik Singh.
Langkah pemerintah untuk melabur lebih banyak dalam masa hadapan lebih penting dan kritikal, namun lebih banyak boleh dilakukan, tambahnya.
"Parti Pekerja meramalkan keperluan terhadap pelaburan lebih banyak dalam modal insan pada masa hadapan, terutama sekali memandangkan betapa cepat landskap tempat kerja berubah."
Langkah-langkah harus diambil untuk menangani jurang yang semakin luas di antara apa yang dicita-citakan warga Singapura dengan realiti yang mereka hadapi, kata Encik Singh.
Beliau menarik perhatian kepada laporan Melakar Hala Tuju Singapura yang menggesa warga Singapura untuk meluaskan definisi kejayaan menjangkaui impian Singapura pada masa lalu.
PEMERINTAH DIGESA LEBIH TELUS
Encik Singh juga menggesa pemerintah agar lebih telus dan terbuka dengan maklumat, supaya lebih ramai warga Singapura boleh menyertai dalam perbincangan isu-isu penting secara bermanfaat.
Beliau merujuk kepada laporan akhbar di mana pakar ekonomi sektor privet meluahkan kebimbangan mengenai gabungan pemberian wang yang banyak dengan kurangnya maklumat tentang sumber kekuatan fiskal Singapura.
Awal bulan ini, Encik Singh berkata pemerintah harus lebih terbuka tentang rizab negara dan mendedahkan jumlahnya untuk memudahkan "perbincangan matang".
Beliau juga pernah bertanya tentang jumlah hasil cukai karbon yang boleh dikutip oleh pemerintah. Namun, Encik Singh berkata bahawa pemerintah tidak mengeluarkan maklumat tersebut "meskipun jumlah awal tidak sukar untuk dianggarkan".
Gesaan supaya pemerintah bersifat lebih telus oleh WP dan bukan anggota politik, merupakan keinginan untuk membentuk persekitaran politik yang sesuai bagi tujuan Singapura, kata Encik Singh.
"Warga Singapura harus mengetahui berapa banyak wang yang boleh dibelanjakan dan dari mana ia diperolehi. Ia adalah keperluan asas untuk mengadakan perbincangan rasional terhadap isu fiskal untuk mewujudkan visi realistik atau alternatif," tambahnya.
Encik Singh meminta supaya Parti Tindakan Rakyat (PAP) menjelaskan bagaimana pemerintah akan menggunakan S$40 bilion bagi dasar Melakar Hala Tuju Singapura, supaya warga Singapura boleh memahami apa yang difikirkan PAP untuk membina kompak sosial negara ini.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.