Pritam Singh saran pemohon rakyat baru, PR SG jalani ujian bahasa Inggeris
Anggaran Waktu Membaca:

Ketua Pembangkang Pritam Singh berucap di Parlimen pada 27 Februari 2023.
SINGAPURA: Ketua Pembangkang Pritam Singh berkata di Parlimen pada Isnin (27 Feb) beliau menyokong agar dikendalikan ujian bahasa Inggeris semasa menilai permohonan bagi kerakyatan atau status penduduk tetap (PR) di Singapura.
Gagasannya itu mendorong Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo untuk menyuarakan keraguannya tentang bagaimana ujian sedemikian boleh membantu, memandangkan mereka yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris berkemungkinan adalah pasangan dari luar negara.
Cik Teo turut menegaskan, meskipun pihak berkuasa imigresen di Singapura tidak menggunakan ujian atau menemu bual pemohon, ia "mengambil kira pelbagai petanda tentang integrasi sosial" seperti ikatan keluarga pemohon kepada Singapura atau sama ada mereka menamatkan Perkhidmatan Negara (NS).
Tindakan berbalas pandangan itu berlaku semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berikutan saranan Encik Singh untuk "mengurangkan" belanjawan bagi kementerian tersebut.
Anggota Parlimen (AP) boleh menyarankan "pengurangan" simbolik sebanyak S$100 bagi anggaran kementerian tertentu, sebelum menyentuh isu di bawah kementerian berkenaan.
Encik Singh memberitahu Parlimen, dengan kadar kesuburan di Singapura merosot ke paras paling rendah, iaitu 1.05, menarik rakyat baru akan menjadi lebih penting lagi bagi masa depan Singapura.
Dalam saranannya itu, Encik Singh mempersoalkan matlamat Singapura apabila membawa masuk rakyat baru.
"Kami mahu mereka yang benar-benar kenal Singapura dan ingin mendakapi cara kehidupan Singapura. Kami ingin mereka yang benar-benar mahu tinggal di sini dan berada di sini," katanya.
"Warga Singapura tidak mahu rakyat baru yang tidak ingin menetap di sini tetapi hanya ingin menikmati 'kuasa' pasport Singapura bagi keselesaan mereka, dan persekitaran yang selamat bagi aset dan kekayaan mereka."
Encik Singh kemudian memberi contoh Switzerland, yang menurutnya mempunyai proses pemilihan rakyat baru yang sangat khusus di mana pemohon dikehendaki menunjukkan bahawa mereka sudah "berjaya menyesuaikan diri" di negara tersebut.
Pemohon harus menetap di negara berkenaan selama 10 tahun dan memegang permit penduduk tetap. Pemohon juga dikehendaki menjawab soalan mengenai ilmu alam, sejarah, politik dan masyarakat Switzerland.
Dalam soalannya kepada MHA, Encik Singh ingin tahu jika Singapura menetapkan syarat-syarat serupa, sambil menarik perhatian bahawa perangkaan Banci Penduduk Singapura yang terkini mendapati bahasa Inggeris paling banyak digunakan di rumah oleh 48.3 peratus penduduk berbanding 32.3 peratus pada 10 tahun yang lalu.
"Adakah kefasihan bertutur dalam bahasa Inggeris satu syarat bagi mendapatkan kerakyatan demi integrasi lebih baik antara rakyat baru dan warga Singapura yang berbilang kaum dan agama memandangkan bahasa Inggeris merupakan bahasa utama untuk berkomunikasi?" tambahnya.
Menjawab, Cik Teo berkata, walaupun pihak berkuasa Singapura turut mengambil kira keupayaan pemohon untuk menyesuaikan diri di Singapura, mereka tidak menggunakan ujian atau temu bual kewarganegaraan kerana "semua ujian mempunyai kekurangan".
Contoh soalan bagi ujian kewarganegaraan Switzerland boleh didapati dengan mudah secara online dan temu bual - jika dilakukan besar-besaran - akan memerlukan sumber dengan mutunya tidak akan sama rata, tambahnya.
"Kami sebaliknya mengambil kira pelbagai petanda sosial seperti ikatan keluarga kepada warga Singapura, tempoh mereka menetap di negara ini, sama ada pemohon belajar di sekolah nasional atau menamatkan Perkhidmatan Negara (NS)," kata Cik Teo.
"Ia dinilai bersama dengan sumbangan mereka kepada ekonomi, kelayakan dan usia."
Pemohon dikehendaki menamatkan program Perjalanan Kewarganegaraan Singapura sebelum diberikan kerakyatan. Program itu baru-baru ini diperbaharui dan dipertingkatkan dengan kandungan yang dilakarkan bersama warga Singapura, tambahnya.

Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.