Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pritam Singh rujuk kepada Leong Mun Wai pasangan dalam kes POFMA; nasib mereka yang lemah tidak seharusnya dipolitikkan, kata Eric Chua

Anggaran Waktu Membaca:
Pritam Singh rujuk kepada Leong Mun Wai pasangan dalam kes POFMA; nasib mereka yang lemah tidak seharusnya dipolitikkan, kata Eric Chua

Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Eric Chua dan Ketua Pembangkang Pritam Singh di Parlimen pada 4 Mac 2024.

Diterbitkan : 04 Mar 2024 04:16PM Dikemas Kini : 04 Mar 2024 04:19PM
SINGAPURA: Nasib orang yang lemah dalam masyarakat tidak seharusnya dipolitikkan dan digunakan sebagai “bahan percaturan", kata Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Eric Chua di Parlimen pada Isnin (4 Mac).

Encik Chua berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai arahan Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) yang dikeluarkan kepada Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai (PSP) bulan lalu berhubung dakwaan palsu yang dibuatnya di Facebook bahawa pasangan suami isteri yang mempunyai masalah pergerakan dan tinggal di West Coast, tidak menerima sebarang bantuan kewangan.

Anggota Parlimen Melvin Yong (PAP-Radin Mas) bertanya sama ada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sedar bagaimana Encik Leong mengetahui situasi pasangan itu.

PRITAM SINGH RUJUK PASANGAN KEPADA LEONG MUN WAI

Encik Chua berkata sukarelawan telah menghubungi pasangan itu selepas catatan media sosial Encik Leong.

"Pasangan itu memberitahu sukarelawan kami bahawa mereka terkejut apabila mendapati Encik Leong berdiri di depan pintu mereka pada 12 Feb kerana mereka tidak pernah mendekati PSP (Parti Kemajuan Singapura) mahupun Encik Leong mengenai keadaan mereka," katanya.

"Sebaliknya, mereka telah menulis surat kepada Encik Pritam Singh empat tahun lalu pada 2020. Tiada maklum balas diterima daripada WP (Parti Pekerja) mahupun Encik Pritam Singh."

Empat tahun kemudian pada 11 Feb, pasangan itu berkata mereka menerima panggilan daripada Encik Singh yang merupakan ketua WP dan Ketua Pembangkang, dan diberitahu "seseorang akan melawat mereka", menurut Encik Chua.

Encik Leong kemudian melawat pasangan itu pada 12 Feb.

"Pasangan itu memberitahu kami mereka dimaklumkan bahawa Encik Singh telah memberitahu Encik Leong mengenai emel yang diterima Encik Singh empat tahun lalu," kata Encik Chua.

“Mengenai sebab Encik Singh tidak melakukan apa-apa selama empat tahun, dan mengapa beliau kemudian memilih untuk bercakap dengan Encik Leong dan sama ada Encik Singh tahu atau bersetuju dengan Encik Leong bahawa perkara ini akan diketengahkan di media sosial hanya empat hari sebelum kenyataan Belanjawan dibentangkan pada 16 Feb – itu tidak jelas kepada kami.

“Saya tidak tahu apa yang Encik Singh cuba lakukan, dan saya tidak membuat sebarang komen khusus mengenai motivasi beliau. Tetapi saya pasti dia dan semua orang dalam dewan ini akan bersetuju dengan saya bahawa penduduk, terutamanya mereka yang lemah, dan nasib mereka tidak harus dipolitikkan.

"Sebaliknya, mesti ada niat ikhlas untuk membantu."

INI JAWAPAN PRITAM SINGH

Encik Singh menjawab bahawa beliau menemui surat pasangan itu semasa membersihkan fail di pejabatnya. Beliau memutuskan untuk memeriksa pasangan itu dan diberi "beberapa maklum balas bahawa mereka masih dalam kesukaran".

"Saya meminta alamat itu memandangkan ia tiada pada surat itu, dan menyedari ia berada di kawasan di mana Encik Leong dan partinya aktif," tambah Encik Singh.

"Jadi saya berkata, 'Lihat, adakah anda sudah pergi ke SSO (Pejabat Perkhidmatan Sosial) anda?' Pasangan itu berkata: 'Tidak, kerana saya buta,' dan lelaki itu berkata isterinya sukar bergerak.

“Atas sebab itu, saya menghubungi Encik Leong dan berkata, 'Jika pasukan anda melawat, anda mungkin mahu dapatkan maklumat dan membuat tindakan susulan'," kata Encik Singh di Parlimen, sambil menambah bahawa beliau "tidak tahu tindakan susulan Encik Leong selepas itu”.

Ketua WP itu juga berkata bahawa beliau telah menerima maklum balas yang sama tentang keadaan penduduk di kawasan undi lain bukan kendalian WP, dan beliau telah menyampaikan maklumat tersebut kepada MSF.

"Saya berharap MSF mengakui dalam Dewan ini kerana ini adalah cara WP beroperasi juga," kata Encik Singh.

“Apabila kita tahui tentang penduduk yang dalam kesusahan, yang memerlukan atau dalam kesusahan, bukan menjadi kepentingan Parti Pekerja untuk uar-uarkannya online dan menuding jari kepada agensi pemerintah, organisasi seperti SSO tanpa sebarang alasan.”

Menjawab, Encik Chua berkata MSF "berusaha mencari fakta", dan ingin tahu sama ada Encik Singh telah memaklumkan Encik Leong tentang situasi pasangan itu dan mengapa beliau menunggu empat tahun untuk berbuat demikian.
Sumber : CNA/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan