Pritam Singh pindah tempat duduk dalam Parlimen selepas dilucutkan sebagai Ketua Pembangkang
Mantan Ketua Pembangkang Pritam Singh dipindahkan ke kerusi baharu dalam Parlimen - bukan lagi bertentangan dengan Perdana Menteri Lawrence Wong - menyusuli pelucutannya sebagai Ketua Pembangkang.
Anggaran Waktu Membaca:
- Pritam Singh, mantan Ketua Pembangkang, telah dipindahkan ke kerusi baharu dalam Parlimen Singapura selepas pelucutan jawatannya.
- Pelucutan berlaku pada 15 Januari selepas Parlimen memutuskan beliau tidak sesuai meneruskan peranan itu kerana sabitan berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen.
- Perdana Menteri Lawrence Wong menawarkan Parti Pekerja (WP) untuk mencalonkan pengganti, namun WP menolak kerana berpendapat jawatan itu milik pemimpin parti pembangkang terbesar.
- Pejabat Perdana Menteri menyatakan jawatan Ketua Pembangkang akan dikosongkan sehingga WP bersedia mencalonkan seseorang untuk memikul tanggungjawab tersebut.
SINGAPURA: Mantan Ketua Pembangkang Pritam Singh dipindahkan ke kerusi baharu dalam Parlimen - bukan lagi bertentangan dengan Perdana Menteri Lawrence Wong - menyusuli pelucutannya sebagai Ketua Pembangkang.
Encik Pritam telah dipindahkan dua kerusi ke bawah di barisan pertama, menurut pelan tempat duduk yang dimuat naik ke laman web Parlimen Singapura pada Selasa (3 Feb), dengan Timbalan Speaker Parlimen Christopher de Souza mengambil tempat duduknya sebelum ini.
Encik Pritam akan duduk antara Anggota Parlimen Xie Yao Quan dan Mariam Jaafar. Encik Xie, yang juga Timbalan Speaker Parlimen, akan duduk di sebelah kanannya, manakala Cik Mariam di sebelah kirinya.
Perubahan ini selepas PM Wong melucutkan Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) itu daripada peranannya sebagai Ketua Pembangkang pada 15 Januari, sehari selepas Parlimen mengundi bahawa Encik Pritam tidak sesuai untuk meneruskan peranan itu selepas sabitannya kerana berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP).
PM Wong telah mempelawa WP untuk mencalonkan seorang lagi Anggota Parlimen bagi mengisi peranan itu, tetapi parti berkenaan menolak tawaran tersebut, dengan mengatakan bahawa jawatan itu harus dipegang oleh pemimpin parti pembangkang terbesar di Parlimen.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) kemudian menyatakan bahawa pemerintah menerima keputusan WP dan jawatan itu akan dikosongkan "sehingga WP bersedia untuk mencalonkan seseorang untuk memikul tanggungjawab itu".

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.