Skip to main content

Singapura

Pritam Singh jelaskan kenyataannya di 'The Assembly' tidak persoal sistem kehakiman

Anggaran Waktu Membaca:
Pritam Singh jelaskan kenyataannya di 'The Assembly' tidak persoal sistem kehakiman
Tangkap layar skrin hantaran Facebook Pritam Singh. 
Diterbitkan : 08 Nov 2025 03:36PM Dikemas Kini : 08 Nov 2025 03:38PM
SINGAPURA: Ketua Pembangkang, Pritam Singh, menegaskan kenyataannya bahawa "pendapat umum lebih besar daripada mana-mana mahkamah di dunia" tidak mempersoalkan sistem kehakiman Singapura. Sebaliknya, ia dibuat dalam konteks politik yang lebih meluas selepas Pilihan Raya Umum 2025.

Dalam satu catatan di Facebook pada Sabtu (8 Nov), beliau menjelaskan bahawa kenyataannya yang disiarkan dalam rancangan CNA – The Assembly pada 5 November telah disalah tafsir.

"Kenyataan saya tidak ditujukan kepada sistem kehakiman, para hakim atau kebebasan mereka, dan sama sekali tidak memperkecilkan mana-mana institusi tersebut,” tulis beliau.

Encik Pritam juga menjelaskan bahawa penghakiman bagi kes beliau, yang kini dalam proses rayuan, dikeluarkan pada Februari 2025. Parti Tindakan Rakyat mengumumkan Pilihan Raya akan diadakan dua bulan kemudian, pada April 2025.

Beliau menegaskan bahawa Parti Pekerja (WP) mencapai "prestasi baik" dalam pilihan raya tersebut walaupun wujud kemungkinan kes mahkamah itu akan menjejas sokongan pengundi.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita