Skip to main content

Singapura

Pritam Singh gesa pemerintah teliti kesan pandemik ke atas golongan berpendapatan rendah

Ketua Pembangkang, Pritam Singh menggesa pemerintah untuk meningkatkan usaha bagi mengukuhkan kompak sosial dengan meneliti lebih mendalam lagi bagaimana pandemik sekarang menjejas isi rumah berpendapatan rendah dan prospek pekerjaan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Feb 2021 05:41PM Dikemas Kini : 24 Feb 2021 10:06PM

SINGAPURA: Ketua Pembangkang, Pritam Singh menggesa pemerintah untuk meningkatkan usaha bagi mengukuhkan kompak sosial dengan meneliti lebih mendalam lagi bagaimana pandemik sekarang menjejas isi rumah berpendapatan rendah dan prospek pekerjaan mereka.

Encik Singh berkata terdapat perbezaan dalam data bagi memastikan layanan sama rata yang mungkin membayangkan ada peningkatan terhadap keadaan itu dan pengalaman kehidupan penduduk.

Beliau menukil satu kajian pertubuhan amal Beyond Social Services yang didedahkan bulan ini.

Kajian itu mendapati pendapatan purata bagi keluarga berpendapatan rendah menjunam hampir 70 peratus semasa pandemik ini.

Encik Singh menekankan mengenai pengagihan bantuan tambahan kepada keluarga di rumah sewa.

"Rakyat Singapura yang terjejas teruk oleh COVID-19 adalah golongan bergaji rendah. Pasca COVID-19, pendapatan keluarga secara purata jatuh dari S$1,600 kepada S$500.

"Saya perlu menjelaskan jumlah ini tidak mengambil kira bantuan kewangan COVID-19 penting yang diagihkan sepanjang tahun lalu. Memandang ke hadapan, pengagihan bantuan tambahan kepada keluarga di rumah sewa perlu dipertimbangkan dalam Tahun Kewangan sekarang ini," menurut Encik Singh. 

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita