Pritam Singh gagal dalam permohonan kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Syamil Sapari/CNA)
SINGAPURA: Ketua Pembangkang Pritam Singh pada Isnin (9 Sep) gagal dalam usaha untuk kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Encik Singh, 48 tahun, menghadapi dua tuduhan berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen berhubung kes Raeesah Khan.
Tarikh perbicaraan telah ditetapkan untuknya di Mahkamah Negara pada Oktober di hadapan Timbalan Ketua Hakim Luke Tan.
Bagaimanapun, tujuh minggu sebelum perbicaraan dijadua bermula, Encik Singh bersama dengan peguamnya meminta kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi, membandingkannya dengan kes mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran.
Encik Andre Darius Jumabhoy dan Encik Aristotle Emmanuel Eng berhujah bahawa terdapat "kepentingan awam yang kuat" untuk kes itu, yang merupakan yang pertama seumpamanya, untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Mereka memetik ucapan Ketua Dewan Indranee Rajah dan berkata kes itu menyentuh "asas demokrasi kita".
Mereka juga berhujah bahawa kes Encik Singh berpotensi lebih memberi kesan daripada kes Encik Iswaran - Akta Parlimen (Keistimewaan, Kekebalan dan Kuasa), yang dipercayai digunakan untuk mendakwa Encik Singh, melangkaui Encik Singh dan terpakai kepada para Anggota Parlimen.
Kes Encik Iswaran telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan persetujuan pihak pendakwaan.
Pihak pendakwa membantah permohonan Encik Singh, sambil berkata kes Encik Iswaran telah dirujuk ke Mahkamah Tinggi di bawah seksyen yang berbeza dan menyifatkannya sebagai satu "percubaan pintu belakang untuk mempertikai budi bicara pendakwa raya".
Timbalan Peguam Negara dan Peguam Kanan Ang Cheng Hock menjelaskan rasional mengapa kes Encik Iswaran dipindahkan ke Mahkamah Tinggi - sebahagian besar tuduhan yang dihadapinya, di bawah Seksyen 165 kerana mendapatkan barang berharga sebagai pegawai awam, terpakai secara meluas kepada semua kakitangan awam, termasuk menteri dan hakim.
Oleh itu, kes Encik Iswaran berpotensi memberi kesan kepada bagaimana pegawai awam harus berkelakuan semasa berurusan dengan orang awam.
Sebaliknya, kes Encik Singh adalah "penyiasatan fakta semata-mata" - sama ada beliau berbohong atau tidak, tegas pihak pendakwa.
TUDUHAN TERHADAP ENCIK SINGH
Dua tuduhan yang dihadapi Encik Singh mendakwa beliau dengan sengaja memberikan jawapan palsu pada 10 Dis 2021 dan 15 Dis 2021, di bilik pembicaraan awam di Bangunan Parlimen.
Ini semasa siasatan di hadapan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen, tertumpu kepada kes Raeesah Khan, yang telah berbohong mengenai kes serangan seksual dan menuduh polis salah mengendalikan kes itu.
Encik Singh didakwa memberi keterangan palsu bahawa beliau mahu Cik Raeesah menjelaskan apa yang Cik Raeesah katakan di Parlimen tentang menemani mangsa rogol ke balai polis, dan bahawa Encik Singh bercakap dengan Cik Raeesah kerana beliau ingin menyampaikan kepada Cik Raeesah bahawa dia perlu menjelaskan apa yang dikatakannya berhubung isu yang sama.
Jika sabit kesalahan berbohong di bawah Akta Parlimen (Keistimewaan, Kekebalan dan Kuasa), Encik Singh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$7,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap tuduhan.
Pejabat Peguam Negara (AGC) sebelum ini menyatakan ia akan menuntut denda bagi setiap tuduhan terhadap Encik Singh jika beliau didapati bersalah.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.