Pritam Singh bimbing Raeesah Khan teruskan pembohongan di parlimen, hujah pihak pendakwa
Perbicaraan Ketua Pembangkang Pritam Singh bermula pada Isnin (14 Okt) dengan pihak pendakwa raya membentangkan butiran kes mereka terhadap setiausaha agung Parti Pekerja (WP) itu buat kali pertama.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perbicaraan Ketua Pembangkang Pritam Singh bermula pada Isnin (14 Okt) dengan pihak pendakwa raya membentangkan butiran kes mereka terhadap setiausaha agung Parti Pekerja (WP) itu buat kali pertama.
Singh, 48 tahun, dituduh berbohong semasa disoal Jawatankuasa Hak-hak Istimewa Parlimen (COP) yang menyiasat kelakuan Anggota Parlimen WP Raeesah Khan.
Beliau menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Hak-Hak Istimewa, Kekebalan dan Kuasa Parlimen kerana dengan sengaja membuat dua jawapan palsu pada 10 Dis 2021 dan 15 Dis 2021, semasa siasatan kes Cik Khan.
Encik Singh dipercayai AP pertama didakwa di bawah Akta itu.
Semasa perbahasan parlimen pada 3 Ogos 2021, Cik Khan membuat ucapan di mana dia mendakwa pernah menemani mangsa rogol untuk membuat laporan polis, dan pegawai polis berkenaan telah membuat komen tidak sesuai mengenai pakaiannya dan bahawa beliau minum arak.
Cik Reesah kemudiannya mengaku di parlimen pada 1 Nov 2021 bahawa anekdot ini adalah satu pembohongan. COP bersidang untuk meneliti perkara itu.
Semasa diperiksa di hadapan COP di Bangunan Parlimen pada Disember 2021, Encik Singh dituduh memberi keterangan palsu bahawa:
*Pada akhir pertemuannya dengan Cik Khan dan ahli WP Cik Sylvia Lim dan Encik Muhamad Faisal Abdul Manap pada 8 Ogos 2021, Singh mahu Cik Khan menjelaskan pada satu ketika di parlimen bahawa apa yang beliau katakan tentang menemani mangsa rogol ke balai polis adalah tidak benar; dan
*Apabila Singh bercakap dengan Cik Khan pada 3 Okt 2021, beliau ingin menyampaikan kepada Cik Khan bahawa jika isu itu timbul di parlimen keesokan harinya, beliau perlu menjelaskan bahawa ceritanya tentang menemani mangsa rogol adalah satu pembohongan.
Timbalan Peguam Negara Ang Cheng Hock berkata kes pendakwaan ialah Encik Singh memberi keterangan palsu kepada COP untuk mengurangkan tanggungjawabnya dalam perkara berhubung pembohongan Cik Khan di parlimen.
Encik Singh mendapati bahawa anekdot itu tidak benar dalam perbualan di telefon dengan Cik Khan pada 7 Ogos 2021, selepas itu beliau meletak telefon, menurut kenyataan fakta yang dipersetujui pihak pendakwaan dan pembelaan.
Bagi pertuduhan pertama berhubung pertemuan 8 Ogos 2021, Encik Ang berhujah bahawa Encik Singh bersedia untuk membiarkan sahaja perkara itu dan membimbing Cik Khan sewajarnya.
“Kes pendakwaan ialah (Singh) mengatakan bahawa dia tidak rasa anekdot itu akan dibangkitkan semula dan ini adalah sesuatu yang mereka semua akan ‘bawa ke kubur’.
"Adalah jelas kepada Cik Khan ketika itu bahawa pemimpin partinya tidak mahu beliau menjelaskan perkara yang tidak benar dan beliau boleh membiarkan sahaja perkara itu," kata Encik Ang.
Pihak pendakwa berhujah bahawa ini adalah konsisten dengan fakta bahawa antara 8 Ogos dan 3 Okt 2021, Encik Singh dan Cik Khan tidak pernah membincangkan pembohongan itu lagi, dan ia juga tidak perlu dijelaskan di parlimen.
Mengenai pertuduhan kedua berhubung pertemuan 3 Okt 2021, Encik Ang berhujah bahawa Encik Singh telah membimbing Cik Khan untuk mengekalkan pembohongan jika perkara itu dibangkitkan di parlimen pada hari berikutnya.
"Kes pendakwaan ialah (Singh) tidak memberitahu Cik Khan bahawa dia harus menjelaskan perkara yang tidak benar jika isu itu timbul.
"Sebaliknya, (Singh) memberi gambaran kepada Cik Khan bahawa dia boleh memilih untuk meneruskan naratifnya (iaitu ketidakbenaran) dan menunjukkan bahawa dia tidak akan menghakiminya.
"Dengan berbuat demikian, (Singh) dengan sengaja membimbing Cik Khan untuk terus mengekalkan perkara yang tidak benar walaupun isu itu timbul pada hari berikutnya di parlimen," kata Encik Ang.
Pendakwa raya berkata bahawa Encik Singh, yang merupakan seorang peguam, telah memberitahu Cik Khan pada mesyuarat 3 Okt 2021 bahawa dia "tidak akan menghakiminya", semasa berdepan dengan COP
Encik Ang juga berhujah bahawa Encik Singh tidak berniat bagi Cik Khan menjelaskan pembohongan itu di parlimen pada hari berikutnya, 4 Okt 2021, kerana tiada langkah persediaan diambil.
Ini berbeza dengan persiapan rapi yang dilakukan selama lebih dua minggu sebelum penjelasan Cik Khan pada 1 Nov 2021.

Pada Isnin, pihak pendakwaan juga mendedahkan bahawa mantan ketua WP Low Thia Khiang, yang merupakan setiausaha agung parti dari 2001 hingga 2018, akan menjadi salah seorang saksinya.
Sebagai saksi pendakwaan, Encik Low akan memberikan keterangan mengenai nasihat yang beliau berikan kepada Encik Singh dan Cik Lim serta perbualan mereka semasa mesyuarat pada 11 Okt 2021.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.