Pritam Singh akan bela diri, hakim putuskan pihak pendakwa bentang bukti kukuh
Anggaran Waktu Membaca:

Pritam Singh tiba di Mahkamah Negara pada 5 Nov 2024. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Ketua Parti Pekerja (WP) Pritam Singh perlu membela dirinya selepas hakim Mahkamah Negara memutuskan pihak pendakwa membentangkan bukti yang mencukupi terhadapnya.
Perbicaraan itu disambung semula pada Selasa (5 Nov) selepas berehat lebih seminggu, dengan semua mata tertumpu pada sama ada Encik Pritam, 48 tahun, akan membela diri.
Ketua Pembangkang itu berdepan dua tuduhan berbohong semasa memberi keterangan kepada jawatankuasa parlimen yang ditubuhkan bagi menyiasat tingkah laku mantan anggota parti Raeesah Khan, yang berbohong di parlimen mengenai menemani seorang mangsa rogol ke balai polis.
Encik Pritam dituduh memberi keterangan palsu kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) pada 10 Disember dan 15 Disember 2021.
Tuduhan pertama mendakwa beliau berbohong apabila berkata mahu Cik Raeesah memberikan penjelasan mengenai pembohongan yang dibuatnya di parlimen, semasa mereka bertemu pada 8 Ogos 2021 bersama-sama dua lagi pemimpin WP, Sylvia Lim dan Muhamad Faisal Abdul Manap.
Tuduhan kedua mendakwa bahawa beliau memberi jawapan palsu kepada jawatankuasa parlimen itu apabila beliau berkata bahawa telah memberitahu Cik Raeesah pada 3 Oktober 2021 supaya menjelaskan ceritanya tentang mangsa rogol itu sekiranya isu itu dibangkitkan di parlimen pada keesokan hari.
Pada pagi Selasa, di dalam mahkamah yang penuh, Timbalan Ketua Hakim Daerah Luke Tan berkata beliau mendapati pihak pendakwa mengemukakan bukti yang kukuh dalam kes tersebut, dan meminta Encik Pritam menjawab dua tuduhan itu.
Beliau menyampaikan penghakiman lisan ringkas menolak hujah peguambela bahawa Encik Pritam tidak perlu membela dirinya kerana pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti yang kukuh dalam kes tersebut.
Pihak pendakwa, yang diketuai Timbalan Peguam Negara Ang Cheng Hock, menggulung kesnya dalam masa sembilan hari semasa bahagian pertama perbicaraan kes pada bulan Oktober.
Empat saksi memberi keterangan bagi pihak pendakwa - Cik Raeesah, kader WP Loh Pei Ying dan Yudhishthra Nathan, serta mantan setiausaha agung WP Low Thia Khiang.
Pihak pendakwa tidak memanggil saksi terakhirnya, seorang pegawai penyiasat, memandangkan kedua-dua pihak bersetuju tentang fakta-fakta berkaitan dirinya.
Pihak pembelaan, yang diketuai peguam Andre Jumabhoy, juga menamatkan pemeriksaan balas bagi setiap saksi.
Encik Jumabhoy berulang kali cuba melemahkan kredibiliti Cik Raeesah dengan memberi tumpuan kepada kenyataan tidak konsisten dalam buktinya.
Beliau juga menyifatkan mantan anggota WP itu sebagai "pembohong yang tidak henti-henti berbohong".
Berhubung dua kader WP, Encik Jumabhoy cuba mencari kelemahan pada keterangan mereka dengan merujuk kepada percanggahan dalam bukti mereka.
Di akhir kes pihak pendakwa, pihak peguam bela berkata akan memfailkan secara bertulis bahawa pendakwa tidak mempunyai bukti yang cukup bagi tuduhan pertama, tetapi bukan bagi tuduhan kedua.
Ia kemudian berbuat yang serupa dengan menyatakan pihak pendakwa tidak mempunyai bukti mencukupi bagi kedua-dua tuduhan.
Dalam kenyataan bertulis, pihak pendakwa menyatakan tuduhan sedia ada tidak perlu dipinda, dan memberitahu mahkamah untuk meminta Encik Pritam supaya membela diri.
Bagaimanapun, ia mencadangkan pindaan sekiranya mahkamah merasakan pindaan perlu dibuat.
Selepas membaca kenyataan daripada kedua-dua pihak, Hakim Tan bersetuju dengan pihak pendakwa bahawa tuduhan sedia ada memenuhi tuntutan yang ditetapkan dalam undang-undang dan bahawa tiada pindaan perlu dilakukan.

Hakim kemudian meminta Encik Pritam untuk memberi keterangan.
Bahagian kedua perbicaraan kes dijangka berterusan sehingga 13 November.
Bagi setiap tuduhan, Encik Pritam berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun, didenda sehingga S$7,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.