Skip to main content

Singapura

Pritam sangkal dakwaan Raeesah dan 2 pembantunya; jelaskan nukilan 'Saya tidak akan menghakimi anda'

Anggaran Waktu Membaca:
Pritam sangkal dakwaan Raeesah dan 2 pembantunya; jelaskan nukilan 'Saya tidak akan menghakimi anda'

(Gambar: CNA/Nathan Magindren)

SINGAPURA: Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) Pritam Singh pada Selasa (5 Nov) memberi keterangan tentang bagaimana beliau "sangat tidak berpuas hati" dan kecewa dengan Anggota Parlimen ketika itu Raeesah Khan apabila beliau mula-mula mengetahui Cik Raeesah berbohong di Parlimen, dan betapa beliau "sangat kecewa" apabila Cik Raeesah mengulangi pembohongannya.

Cik Raeesah berbohong di Parlimen pada 3 Ogos 2021, dengan berkongsi dalam ucapannya tentang menemani mangsa rogol ke balai polis, di mana komen menyinggung telah dibuat mengenai mangsa rogol itu.

Encik Pritam juga menjelaskan konteks di sebalik kata-katanya yang kononnya membingungkan Cik Raeesah: "Saya tidak akan menghakimi anda".

Cik Raeesah bertanggapan nukilan ini bermakna bahawa Encik Pritam tidak akan menghakiminya jika beliau meneruskan naratif palsunya, tetapi Encik Pritam menjelaskan buat kali pertama di mahkamah pada Selasa (5 Nov) bahawa beliau tidak bermaksud beliau tidak akan menghakiminya jika Cik Raeedah memikul tanggungjawab serta menjelaskan pembohongannya di Parlimen.

Encik Pritam juga menafikan dakwaan Cik Raeesah, yang mendakwa Encik Pritam telah memberitahunya untuk membawa isu itu ke liang lahad, dan dua kenalannya yang rapat.

Encik Pritam 48 tahun, yang terlatih dalam bidang undang-undang, memberikan keterangannya pada petang Selasa semasa disoal siasat oleh peguamnya, Encik Andre Jumabhoy.

Encik Pritam memberi keterangan sebagai saksi pertama pihak pembela dalam perbicaraannya. Beliau mencabar dua tuduhan berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP), yang telah ditubuhkan untuk menyiasat pembohongan Cik Raeesah, tentang apa yang Encik Pritam mahu Cik Raeesah lakukan mengenai pembohongan itu.

Ketua Pembangkang itu memberikan jawapan dalam nada yang berhati-hati, kecuali satu segmen apabila beliau bercakap dengan lebih perlahan dan lebih tenang tentang rasa terkejut yang dirasai oleh pemimpin WP apabila mendengar tentang Cik Raeesah dirogol ketika berusia 18 tahun.

SAYA RASA ADA SESUATU YANG LEBIH DARI ITU

Encik Pritam sebelum ini berkongsi bagaimana ucapan yang mengandungi kepalsuan itu telah dilakar dan bagaimana beliau telah memberi respons kepada Cik Raeesah apabila Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Desmond Tan meminta penjelasan daripada Cik Raeesah.

Encik Pritam berkata beliau mendapati jawapan Cik Raeesah bersifat "defensif".

"Saya rasa ada lebih dari itu, dan tambahan pula, saya rasa soalan yang ditanya oleh MOS masih belum dijawab, jadi saya ingin tahu apakah kebenaran di sebalik ucapannya itu," kata Encik Pritam.

Dalam kiriman mesej susulan antara Encik Pritam dan Cik Raeesah, Encik Pritam menanyakan soalan kepadanya tentang dakwaan rogol, dan Cik Raeesah menjawab bahawa rakannya telah cuba menghubungi mangsa rogol itu, tetapi "tidak berjaya".

Pada 7 Ogos 2021, empat hari selepas pembohongan itu diberitahu di Parlimen, Cik Raeesah meminta untuk menghubunginya, menurut Encik Pritam.

Semasa panggilan itu, Cik Raeesah berkata beliau tidak berjaya menghubungi individu itu, dan Encik Pritam meminta maklumat lanjut daripada Cik Raeesah.

"Pada satu ketika, beliau bertanya kepada saya sama ada terdapat perkara seperti kerahsiaan, dan saya memberitahunya bahawa saya adalah setiausaha agung parti. Saya ingin tahu sama ada ini berlaku atau tidak, dan beliau tiba-tiba memberitahu saya, ia tidak berlaku," kata Encik Pritam.

Ditanya apakah reaksinya, Encik Pritam berkata: "Saya sangat tidak berpuas hati dengannya. Saya sebenarnya sangat kecewa, dan saya memutuskan perbualan itu dan saya memberitahunya bahawa kami akan membincangkannya."

Encik Pritam menjelaskan kepada hakim bahawa beliau berkata "kita akan berbincang tentang perkara ini" dan menamatkan panggilan itu tanpa menunggu Cik Raeesah untuk menjawab.

Encik Pritam kemudian mengatur pertemuan di rumahnya pada 8 Ogos 2021, dengan Cik Raeesah dan pemimpin WP Sylvia Lim dan Muhamad Faisal Abdul Manap.

"Pertemuan itu bermula pada pukul 11.00 ​​pagi. Sylvia berada di sana lebih awal kira-kira pukul 10.30 pagi," kata Encik Pritam. "Saya berkongsi dengannya apa yang Raeesah sebutkan sehari sebelum itu dan ucapannya di Parlimen itu tidak benar."
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita