Skip to main content

Singapura

Pritam dikenakan denda maksimum S$7,000 bagi setiap tuduhan berbohong kepada Parlimen

Anggaran Waktu Membaca:
Pritam dikenakan denda maksimum S$7,000 bagi setiap tuduhan berbohong kepada Parlimen

Ketua Pembangkang dan ketua Parti Pekerja Pritam Singh bercakap kepada media di luar Mahkamah Negara pada 17 Feb 2025. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

SINGAPURA: Selepas didapati bersalah atas kedua-dua tuduhan berbohong kepada Parlimen, pemimpin Parti Pekerja (WP) Pritam Singh pada Isnin (17 Feb) dijatuhi hukuman denda maksimum S$7,000 bagi setiap tuduhan.

Encik Pritam, 48 tahun, didapati memberi keterangan palsu kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) yang meneliti kontroversi pembohongan melibatkan bekas anggota parlimen (AP) partinya, Raeesah Khan yang mengaku mereka-reka cerita bahawa dia menemani seorang mangsa serangan seksual ke balai polis.

Timbalan Ketua Hakim Daerah Luke Tan berkata beliau menerima rentetan insiden oleh Cik Raeesah - bahawa Pritam memberitahunya untuk "teruskan pembohongannya mati".

"Mahkamah mesti memberi isyarat jelas tentang pentingnya berkata benar apabila selepas bersumpah di mahkamah," kata hakim.

Pihak pendakwa, yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pendakwa Raya (DCP) Wong Woon Kwong, meminta denda maksimum sebanyak S$7,000 dikenakan terhadap Pritam bagi setiap pertuduhan manakala pihak pembela meminta denda S$4,000 untuk setiap tuduhan.

Sekiranya Pritam tidak membayar denda, dia boleh dihukum penjara sebulan bagi setiap tuduhan.

Hakim Tan turut mengambil kira motif Pritam sebagai faktor dalam menentukan hukuman.

Hakim merujuk kepada kenyataan Pritam sebelum ini dalam merumuskan sebab Setiausaha Agung Parti Pekerja itu memulakan panel disiplin bagi menyiasat tingkah laku Raeesah - iaitu untuk menjauhkan dirinya daripada peranannya dalam membimbing wanita itu untuk meneruskan pembohongannya.

Satu "pertimbangan besar" adalah sama ada Pritam berniat atau sudahpun tahu bahawa kemungkinan akan ada akibatnya disebabkan kesalahannya itu.

Hakim juga mendapati Pritam sedar bahawa jawapannya kepada COP boleh membawa padah.

Satu kenyataan media dikeluarkan di laman Facebook Pritam sebaik hukuman dijatuhkan, bahawa peguam ketua WP itu akan memfailkan notis rayuan.

Mereka akan mengemukakan rayuan atas sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan.

"Saya sudah mengarahkan pasukan guaman saya untuk memfailkan notis rayuan dan untuk menelti penghakiman bertulis itu dengan rapi."

Menurutnya lagi orang ramai boleh membaca hujah pembelaan yang dibuat oleh peguamnya secara online.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita