Skip to main content

Singapura

Prinsip PBB penting bagi cegah perang, capai keamanan, kata PM Wong

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Jun 2025 06:07PM Dikemas Kini : 24 Jun 2025 09:28PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong berkata, prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kini semakin penting bagi mencegah peperangan, menyelesaikan pertikaian secara aman dan menegakkan undang-undang antarabangsa.

Prinsip-prinsip itu termasuk kesaksamaan kedaulatan, keutuhan wilayah dan kebebasan politik.

PM Wong menambah, sistem multilateralisme berasaskan peraturan yang membantu negara-negara kecil seperti Singapura mencapai kemakmuran, kini semakin tertekan akibat ketegangan geopolitik yang meningkat.

"Ulang tahun ke-80 PBB satu peringatan yang tepat pada masanya tentang nilai-nilai yang harus ditegakkan.

"Ia juga satu seruan untuk bertindak - bagi memperbaharui dan memperkukuh PBB agar ia kekal relevan dan mampu menangani cabaran global masa kini.

"Singapura mengulangi komitmen teguh kami terhadap Piagam PBB.

"Kami akan terus bekerjasama dengan semua negara anggota, termasuk Forum Negara-Negara Kecil, bagi membina satu orde antarabangsa yang lebih berdaya tahan dan inklusif," kata PM Wong.
Sumber : CNA/NY/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita