Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Prestasi sektor perkhidmatan naik 14.5% pada suku ke-3 susuli pelonggaran sekatan

Anggaran Waktu Membaca:
Prestasi sektor perkhidmatan naik 14.5% pada suku ke-3 susuli pelonggaran sekatan

(Gambar fail: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

SINGAPURA: Sektor perkhidmatan Singapura semakin pulih dengan pendapatannya naik lebih 14 peratus pada suku ketiga tahun ini.

Para pemerhati pasaran berkata ketibaan lebih ramai pelancong dan permintaan domestik lebih tinggi memacu pertumbuhan sektor tersebut, setelah pelbagai sekatan COVID-19 dilonggarkan.

Industri Rekreasi dan Perkhidmatan Peribadi misalnya melonjak lebih 70 peratus.

Langkah melonggarkan sekatan sosial dapat meningkatkan pendapatan bagi syarikat-syarikat dalam segmen permainan dan daya tarikan.

Industri Pengangkutan dan Penyimpanan pula mencatat pertumbuhan lebih 30 peratus sedang jumlah penerbangan bertambah setelah Singapura membuka semula sempadan negara.

Pakar-pakar ekonomi menjangkakan, sektor tersebut akan terus berkembang pada suku seterusnya.

Ini memandangkan musim perayaan dan rancangan percutian hujung tahun akan membantu meningkatkan pendapatannya.

Sungguhpun demikian, pakar-pakar kurang optimis bahawa prestasi perniagaan yang kukuh sekarang dapat bertahan pada tahun depan.
Sumber : CNA/IA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan