Prestasi pendidikan masyarakat Melayu/Islam catat peningkatan sejak penubuhan Yayasan Mendaki
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MCI)
SINGAPURA: Empat puluh tahun sudah berlalu dan jerih payah kolektif masyarakat Melayu/Islam Singapura menampakkan hasil yang membanggakan.
Prestasi dalam pendidikan melonjak.
Pencapaian itu seiring dengan tertubuhnya Yayasan Mendaki yang berdiri empat puluh tahun lalu.
Pada masa ini, 99 peratus dari kohort pelajar Melayu menyelesaikan pendidikan selama 10 tahun.
Sebahagian besar melanjutkan pendidikan ke peringkat posmenengah.
Bilangan siswazah Melayu juga bertambah dengan banyaknya.
Jumlah siswazah sarjana muda dengan Kepujian Kelas Pertama meningkat kepada hampir 500 penerima tahun ini, berbanding hanya segelintir sepanjang 10 tahun pertama tertubuhnya Yayasan MENDAKI.
Ia juga hasil pelbagai usaha yang dilakukan oleh badan-badan Melayu/Islam setempat selain Yayasan Mendaki yang menyumbang kepada pencapaian sepanjang empat dekad ini.
Untuk memastikan kemajuan seterusnya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengenal pasti tumpuan yang harus diberikan oleh Mendaki dan badan-badan Melayu/Islam lain dalam tahun-tahun mendatang.
"Pendidikan kini menjangkau kepada pembelajaran sepanjang hayat kerana pekerja Melayu/Islam juga terjejas dengan perubahan lebih luas dalam ekonomi dan pasaran pekerjaan, terutamanya pekerja lebih berusia yang kurang berkelayakan yang menghadapi risiko paling besar," kata PM Lee.
"Dalam masa yang sama, sebahagian anggota masyarakat masih mengalami kesukaran. Ada yang dari keluarga yang berpecah-belah dan yang lain dibelenggu masalah penyalahgunaan dadah. Ramai yang akhirnya tinggal di flat sewa, dan sukar untuk mengekalkan keadaan kehidupan yang stabil. Anak-anak mereka membesar dalam persekitaran rumah yang tidak kondusif, menghadapi masalah pembelajaran dan kerana itu ketinggalan di belakang rakan sebaya mereka di sekolah sejak kecil."
"Keluarga-keluarga ini memerlukan bantuan bukan sahaja untuk pelajaran anak-anak mereka tetapi juga untuk mengatasi defisit sosial dan ekonomi yang akan menyukarkan anak-anak mereka untuk keluar daripada lingkaran kemiskinan. Terdapat juga keluarga sebegitu dalam kalangan masyarakat lain, tetapi keluarga Melayu/Islam yang paling banyak, dan ini membimbangkan," tambahnya.
Peringatan ketika meraikan pencapaian agar kemajuan berterusan.

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.