Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Prestasi luar biasa": Jumlah penumpang SIA Group melonjak semasa cuti pertengahan tahun

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 1.9 juta penumpang sudah menggunakan khidmat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan Scoot pada bulan Jun.

Jumlah tersebut melonjak 1,362 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu ketika permintaan bagi perjalanan udara meningkat semasa cuti pertengahan tahun.

Jumlah penumpang pada bulan Jun juga naik 13.7 peratus berbanding bulan lalu, menurut keputusan terkini operasi SIA Group yang dikeluarkan pada Jumaat (15 Jun).

"Permintaan tinggi bagi perjalanan udara semasa cuti pertengahan tahun, yang juga cuti musim panas, mencatat prestasi yang sangat kukuh pada bulan Jun," menurut SIA Group.

Kapasiti kumpulan penumpang berada 64 peratus pada kadar sebelum pandemik COVID-19 pada hujung bulan Jun. Ini adalah peningkatan tiga peratusan mata berbanding bulan sebelumnya.

Faktor muatan kumpulan penumpang, iaitu ukuran sejauh mana syarikat penerbangan mengisi tempat duduk yang sedia ada, mencecah paras tertinggi sejak pandemik sebanyak 85.5 peratus.

Faktor muatan kargo turun sebanyak 23 peratusan mata dari tahun ke tahun kepada 64.6 peratus pada Jun.

Sehingga hujung bulan Jun, rangkaian penumpang SIA Group meliputi 98 destinasi, termasuk Singapura.

SIA menyediakan khidmat penerbangan ke 72 destinasi manakala Scoot menawarkan khidmat penerbangan ke 47 destinasi.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan