President's Star Charity 2021 hubungkan penduduk secara digital: Presiden Halimah
Acara persembahan amal bagi mengumpul derma untuk Dana Cabaran Presiden berlangsung selama dua jam mulai 7.30 malam tadi (10 Okt).

Gambar fail Presiden Halimah di acara President's Star Charity pada 2020.
SINGAPURA: Acara persembahan amal bagi mengumpul derma untuk Dana Cabaran Presiden berlangsung selama dua jam mulai 7.30 malam tadi (10 Okt).
Ditayangkan serentak di Saluran 5, meWATCH dan YouTube, acara ini merupakan sokongan Mediacorp kepada Dana Cabaran Presiden.
Presiden Halimah Yacob berkata tumpuan acara tahun ini adalah merapatkan jurang antara penduduk dalam dunia yang semakin terhubung secara digital.
"Tema bagi President's Star Charity tahun ini adalah 'Loves Connects'. Ini satu tema yang amat sesuai memandangkan keadaan kita yang pada masa ini menghadapi cabaran ekoran daripada COVID-19," kata Puan Halimah.
"Awal tahun ini saya melancarkan 'Digital For Life Movement' dan Dana 'Digital Life'. Tujuannya adalah untuk menggalakkan kita membentuk masyarakat digital yang inklusif di mana semua yang memerlukan peralatan teknologi, dapat menggunakannya untuk kemudahan mereka, untuk keperluan mereka. "
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.