Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Vietnam akan lakukan lawatan negara ke S'pura atas undangan Presiden Halimah

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Vietnam akan lakukan lawatan negara ke S'pura atas undangan Presiden Halimah

(Gambar: John Minchillo/Pool/AFP)

SINGAPURA: Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc akan mengadakan lawatan negara ke Singapura minggu ini atas undangan Presiden Halimah Yacob.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa (22 Feb). 

Lawatan dari 24 hingga 26 Februari itu merupakan lawatan negara yang pertama ke Singapura sejak pandemik COVID-19 mula melanda negara ini pada awal 2020. 

Encik Phuc akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Halimah, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin dan para Anggota Parlimen (AP) Singapura semasa lawatannya itu. 

Encik Phuc akan ditemani oleh isterinya Cik Tran Nguyet Thu dan juga beberapa menteri, pegawai kanan dan rombongan perniagaan. 

Satu upacara istiadat akan diadakan di Istana pada 25 Februari bagi menyambut ketibaan Encik Phuc yang akan disusuli dengan pertemuan bersama Presiden Halimah, yang akan mengadakan satu jamuan negara bagi meraikan Encik Phuc. 

Encik Phuc dan PM Lee juga akan sama-sama menyaksikan pemeteraian perjanjian dua hala  yang "akan mengukuhkan lagi kerjasama berbilang aspek antara Singapura dan Vietnam", menurut MFA. 

Encik Phuc juga akan menyampaikan ucapan dasar di Dialog Perniagaan Singapura-Vietnam, anjuran Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan Kedutaan Vietnam. 

Encik Phuc juga akan mengadakan pertemuan dengan Encik Goh dan melakukan lawatan ke Ladang Solar Terapung Sembcorp Tengeh sehari sebelum mengakhiri lawatannya ke Singapura, menurut MFA lagi. 

"Lawatan negara Presiden Phuc menegaskan lagi hubungan yang sangat baik dengan Vietnam, sedang kedua-dua negara bersiap sedia untuk meraikan ulang tahun hubungan diplomatik yang ke-50 dan juga ulang tahun ke-10 Kerjasama Strategik pada 2023," menurut MFA.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan