Presiden Uzbekistan lawat SG tiga hari bermula 16 Jan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: The Diplomat
SINGAPURA: Presiden Republik Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev akan membuat lawatan negara ke Singapura dari Isnin (16 Jan) hingga Rabu (18 Jan) atas undangan Presiden Halimah Yacob.
Ia merupakan lawatan negara pertama Presiden Mirziyoyev ke Singapura.
Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad (15 Jan).
Satu upacara istiadat akan diadakan di Istana pada 17 Januari bagi menyambut ketibaan President Mirziyoyev, disusuli dengan pertemuan bersama Presiden Halimah, yang akan mengadakan satu jamuan negara bagi meraikan beliau.
Presiden Mirziyoyevu juga akan bertemu Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Heng Swee Keat.
PM Lee dan Presiden Mirziyoyev dan akan menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman dan Perjanjian Kerjasama dalam pelbagai bidang.
Presiden Mirziyoyev juga akan melawat Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, Galeri Bandar Singapura URA dan Taman Di Pesisiran.
Rombongannya termasuk Ketua Pentadbiran Presiden Sardor Umurzakov, Timbalan Perdana Menteri Jamshid Khodjaev dan beberapa menteri yang lain.
Satu orkid hibrid baru akan dinamakan sempena Encik Mirziyoyev sebagai satu penghormatan kepada Presiden Uzbekistan itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.