Presiden Tharman utus kawat takziah atas pemergian Presiden Raisi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugratnam telah mengutus kawat takziah kepada Pemangku Presiden Iran atas kematian Presiden Dr Seyyed Ebrahim Raisi.
Ucapan takziah tersebut disampaikan menerusi kenyataan Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Selasa (21 Mei).
Presiden Raisi serta Menteri Luarnya dan enam lagi pegawai, maut apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas pada Ahad lalu (19 Mei).
Presiden Tharman juga menyampaikan rasa simpati mendalam kepada keluarga Presiden Raisi serta kesemua mangsa lain.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.