Presiden Tharman ucap Selamat Hari Raya kepada umat Islam; galak masyarakat SG raikan kepelbagaian kaum
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pemimpin Singapura tidak ketinggalan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada umat Islam setempat.
Dalam satu catatan di media sosial, Presiden Tharman Shanmugaratnam mengingatkan, sedang masyarakat Islam menyambut Lebaran, kita juga harus meraikan kepelbagaian kaum yang hidup dengan damai di Singapura.

Presiden Tharman juga menyeru orang ramai agar terus berusaha menjalin persahabatan sesama rakyat, tidak kira latar belakang, supaya Singapura kekal menjadi sebuah negara yang selamat lagi harmoni.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga tidak ketinggalan untuk ikut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslim.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga tidak ketinggalan untuk ikut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslim.
Dalam catatan beliau di Facebook, PM Lee berharap umat Islam akan mengambil peluang ini untuk saling kunjung-mengunjung serta saling bermaafan antara satu sama lain.
Beliau juga berharap, sambutan Lebaran tahun ini lebih meriah, penuh dengan rahmat, keamanan dan kemakmuran.
Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad pula sempat beramah mesra dengan para penduduk Admiralty selepas solat Aidilfitri pada pagi Rabu (10 Apr).

Dalam catatan beliau di media sosial, Encik Zaqy berharap agar semua diberkati dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang melimpah serta kebersamaan hangat di samping keluarga dan teman-teman.
Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim juga sempat bertemu para penduduk Nee Soon selepas menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Ahmad Ibrahim.
Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim juga sempat bertemu para penduduk Nee Soon selepas menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Ahmad Ibrahim.
Beliau disertai para AP GRC Nee Soon yang lain, termasuk Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam.
Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.