Presiden Tharman Shanmugaratnam akan lakukan lawatan ke Brunei, Switzerland pada lewat Jan
Presiden Tharman Shanmugaratnam akan melakukan lawatan ke Brunei dan Switzerland pada lewat bulan ini.
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: CNA/Syamil Sapari
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam akan melakukan lawatan ke Brunei dan Switzerland pada lewat bulan ini.
Beliau akan berada di Switzerland pada 16 hingga 21 Januari untuk menghadiri Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Sedunia.
Semasa lawatan itu, Presiden Tharman akan bertemu dengan para pemimpin pemerintah dari beberapa negara dan mempengerusikan bersama perbincangan mengenai bekalan air.
Pada 24 hingga 26 Januari pula, Presiden Tharman akan melakukan lawatan rasminya yang pertama ke Negara Brunei Darussalam.
Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Sultan Hassanal Bolkiah.
Presiden Tharman dijangka melawat para anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang menjalani latihan di Brunei.
Beliau juga akan bertemu dengan beberapa warga Singapura yang bermastautin di negara itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.