Presiden Tharman serlahkan kerencaman budaya SG dengan hidangan nasi ulam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Kebon Dapor/Raja Mohd Fairuz)
SINGAPURA: Satu hidangan tradisional Melayu mendapat perhatian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Dalam catatan Facebooknya pada Sabtu (21 Mac), Presiden Tharman Shanmugaratnam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam di Singapura sambil menarik perhatian kepada peranan makanan dalam menyatukan rakyat berbilang agama dan budaya di negara ini.
Walaupun hidangan seperti nasi lemak, nasi ayam dan nasi beriani menjadi kegemaran masyarakat Singapura, Presiden Tharman sebaliknya menarik perhatian kepada nasi ulam, iaitu satu hidangan tradisional yang semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Nasi ulam adalah satu lagi hidangan yang mencerminkan warisan berbilang budaya kita dan dinikmati oleh orang ramai daripada semua latar belakang," kata Presiden Tharman.
"Hidangan nasi ulam diperbuat daripada 10 jenis herba dan sayur-sayuran yang dicampur dengan nasi," tambahnya lagi.
Nasi ulam, menurut Presiden Tharman, juga mencerminkan pelbagai budaya di Singapura.
Walaupun ia adalah hidangan Melayu tradisional, ia juga menggambarkan pengaruh masakan Melayu ke atas masakan Peranakan di rantau ini.
Dalam catatannya, Presiden Tharman berkata hidangan seperti nasi ulam melambangkan identiti budaya yang dikongsi bersama.
Nasi ulam mencerminkan bagaimana tradisi yang pelbagai di Singapura saling berkait rapat terutama sekali semasa musim perayaan yang meraikan perpaduan dan kebersamaan rakyat negara ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.