Presiden Tharman lantik anggota Majlis Presiden bagi Keharmonian Agama untuk tempoh 3 tahun
Mantan Hakim Kanan, di Mahkamah Agung Encik Chao Hick Tin dilantik sebagai pengerusi Majlis Presiden bagi Keharmonian Agama untuk tempoh tiga tahun. (Gambar: Singapore Courts)
Pelantikan oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam itu berkuat kuasa 15 September 2023.
Pejabat Presiden mengumumkan senarai 10 anggota itu pada Jumaat (22 Sep) yang termasuk Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.
Majlis Presiden bagi Keharmonian Agama ditubuhkan pada Ogos 1992 di bawah Akta Mengekalkan Keharmonian Agama. Pengerusi dan anggotanya dilantik oleh Presiden.
Majlis itu memberi nasihat kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri mengenai isu yang menjejas keharmonian agama di Singapura yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri atau Parlimen.
Majilis itu juga mempertimbangkan dan membuat saranannya kepada Presiden mengenai Perintah Sekatan yang dikeluarkan di bawah Akta tersebut.
Berikut senarai anggota Majlis Presiden bagi Keharmonian Agama berkuat kuasa 15 September 2023.
Encik Chao Hick Tin, Mantan Hakim Kanan di Mahkamah Agung
Mufti Dr Nazirudin bin Mohd Nasir
Kardinal William Goh, Uskup Agung Roman Katolik
Venerable Seck Kwang Phing, Presiden, Persekutuan Buddha Singapura
Biskop Emeritus Wee Boon Hup, mantan Presiden Majlis Gereja Nasional Singapura
Encik Surjit Singh a/l Wazir Singh, mantan Pengerusi Lembaga Penasihat Sikh
Encik M Rajaram, mantan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura dan anggota pengamanah SINDA
Profesor Madya Lee Cheuk Yin, Penasihat Academik kepada Persekutuan Tao dan Misi Tao
Cik Juthika Ramanathan, Ketua Eksekutif, Pejabat Hakim Besar di Mahkamah Tinggi
Profesor Lily Kong, Presiden dan Profesor Sekolah Lee Kong Chian bagi Sains Kemasyarakatan, Universiti Pengurusan Singapura
Para anggota terdiri daripada wakil agama utama di Singapura dan anggota awam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.