Skip to main content

Singapura

Presiden Tharman lakukan lawatan rasmi pertama ke Estonia

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Tharman lakukan lawatan rasmi pertama ke Estonia

Gambar: Mediacorp

Diterbitkan : 25 Jun 2024 06:30PM Dikemas Kini : 25 Jun 2024 08:42PM
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam tiba di Estonia pada Selasa (25 Jun) bagi lawatan negara beliau yang pertama ke negara itu.

Tahun lalu, Singapura dan Estonia meraikan 30 tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Semasa lawatan dua hari ke Estonia itu, Presiden Tharman akan bertemu dengan rakan sejawatannya, Alar Karis, serta Speaker Lauri Hussar.

Selain itu, pemimpin Singapura itu dijangka melawat beberapa syarikat kemampanan dan memberi penghormatan di monumen Perang Kemerdekaan.

Singapura dan Estonia sejak beberapa tahun kebelakangan ini memperkukuh hubungan dalam pelbagai bidang.

Dalam bidang digital, Singapura memeterai MOU dengan negara-negara Baltic pada 2021 bagi menggalak kerjasama antara syarikat pemula dan membantu peralihan mereka ke arah pendigitalan.

MOU tersebut memanfaatkan kepakaran Estonia dalam bidang digital.

Antara bidang lain yang menjadi tumpuan adalah pertahanan dan ekonomi, dengan satu MOU dimeterai pada 2022 oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen bagi memperkukuh lagi kerjasama pertahanan.

Singapura merupakan rakan dagangan barangan terbesar Estonia dalam ASEAN.

Estonia pula adalah rakan dagangan Singapura yang ke-21 di Kesatuan Eropah (EU), bernilai hampir S$500 juta tahun lalu.

Lawatan Presiden Tharman itu penting sedang Singapura meneroka peluang kerjasama dalam bidang-bidang lain seperti pertukaran pendidikan.
Sumber : CNA/NY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita