Skip to main content

Singapura

Presiden Tharman jadi tuan rumah Majlis Sambutan Hari Kebangsaan di Istana

Istana membuka pintunya pada Isnin (10 Ogos), dengan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam menjadi tuan rumah bagi Majlis Sambutan Hari Kebangsaan negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Tharman jadi tuan rumah Majlis Sambutan Hari Kebangsaan di Istana

Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam menjadi tuan rumah bagi Majlis Sambutan Hari Kebangsaan di Istana pada 10 Ogos 2026. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 10 Aug 2026 10:31PM
SINGAPURA: Istana membuka pintunya pada Isnin (10 Ogos), dengan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam menjadi tuan rumah bagi Majlis Sambutan Hari Kebangsaan negara.

Antara 750 tetamu yang hadir termasuk para pemimpin masyarakat, sukarelawan, rakan jagaan kesihatan, perusahaan tempatan dan atlet Team Singapore.

Perdana Menteri Lawrence Wong, Menteri Kanan Lee Hsien Loong dan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong memulakan sambutan tersebut dengan upacara memotong kek bagi meraikan ulang tahun Singapura yang ke-61.

Para tetamu turut disajikan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi tempatan Iman Fandi, yang merupakan antara penghibur dalam Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini (NDP 2026).

Majlis sambutan tersebut menutup tirainya dengan nyanyian Lagu Kebangsaan.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita