Presiden Tharman iktiraf lebih 160 relawan sempena Hari Sukarelawan Sedunia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Mediacorp
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam memberi pengiktirafan kepada lebih 160 sukarelawan dalam satu acara di Istana pada Khamis (7 Dis) atas usaha mereka membantu orang lain.
Acara tersebut diadakan sempena Hari Sukarelawan Sedunia dan bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk menyumbang kepada masyarakat.
Ia diadakan buat julung-julung kalinya semasa Minggu Memberi SG Cares.
Presiden Tharman sempat beramah mesra dengan para sukarelawan dan mendengar tentang pengalaman mereka.
"Kita mempunyai kewajipan dan kelebihan untuk berkongsi masa dan persahabatan kita dengan orang lain, ia amat bermakna kepada orang lain," kata Presiden Tharman.
"Ia juga amat bermakna kepada diri kita sendiri. Dan ramai sukarelawan yang berada di sini, memahami perkara ini dengan sangat dekat di hati anda kerana anda telah mengekalkan kesukarelawanan dalam tempoh yang begitu lama," ujarnya.

Sumber : CNA/NY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.