Presiden Tharman gesa dunia bangunkan sistem berbilang hala baharu
Presiden Tharman Shanmugaratnam menyeru negara-negara agar membangunkan sistem berbilang hala yang baharu.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam menyeru negara-negara agar membangunkan sistem berbilang hala yang baharu.
Gesaan itu dibuat selepas beliau dapati pelbagai negara sedang berpaling daripada aturan terbuka berasaskan peraturan yang sekian lama wujud.
Akan tetapi, Presiden Tharman memberi amaran bahawa perubahan sedemikian membawa risiko.
Beliau membuat kenyataan tersebut di sebuah acara Tabung Kewangan Antarabangsa di Washington DC.
"Namun, peralihan kepada dunia dengan pelbagai pusat kuasa tidak berlaku dengan cepat atau lancar. Dengan sendirinya, sistem tersebut tidak memberi jaminan kemakmuran bersama kepada negara-negara, serta keselamatan ekonomi.
"Peralihan ini memberi sebab lebih kukuh untuk melaksanakan pembaharuan sistem berbilang hala dan pembangunan bentuk-bentuk kerjasama antarabangsa baharu," kata Presiden Tharman.
Beliau menambah, beralih kepada sistem dengan pelbagai pusat kuasa berisiko menyebabkan Amerika Syarikat dan China memisahkan ekonomi mereka.
Sebaliknya, hasil yang lebih baik adalah bagi kedua-dua negara yang bersaing itu kekal saling bergantung sambil menguruskan potensi bahaya.
"Prospek ini mungkin kelihatan jauh dalam iklim geopolitik hari ini. Tetapi ambil pandangan jangka panjang. Taruhannya adalah tinggi.
"Jika kita menguruskan ini dengan baik, kelebihan Amerika-China menjadi sumber kemakmuran bagi kedua-dua negara - dan enjin inovasi terbesar dunia.
"Jika kita gagal, dan secara progresif memisahkan sistem-sistem yang ada, tidak akan ada pemenang," kata Presiden Tharman.

Sumber : CNA/IQ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.