Presiden Tharman dilantik Canselor ke-11 NUS
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Presiden Tharman Shamnugaratnam secara rasmi menggalas tugas selaku Canselor ke-11 Universiti Nasional Singapura (NUS).
Ini memberi beliau kuasa untuk menganugerahkan ijazah, serta memimpin konvokesyen tahunan NUS.
Semasa majlis pelantikan beliau pada Khamis (4 Jan), Encik Tharman bertemu wakil-wakil dari NUS, dan diberikan cenderahati berbentuk singa berwarna oren, iaitu lambang keberanian dan kewibawaan.
Presiden NUS Profesor Tan Eng Chye berkata, komitmen Presiden Tharman dalam membina masyarakat Singapura yang inklusif dan bersepadu, juga dikongsi universiti tersebut.
Prof Tan menambah, pihak NUS kini memperkenalkan kurikulum baharu mengenai kesukarelawanan.
Ini akan membantu melatih sekitar 4,000 mahasiwa setiap tahun bagi kerja-kerja kemasyarakatan.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.