Presiden Tharman dijangka undang pekerja hijrahan terlibat selamatkan pemandu insiden tanah jerlus ke Rumah Terbuka Istana
Anggaran Waktu Membaca:
Petikan skrin Facebook.
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam dijangka akan mengundang para pekerja hijrahan yang terlibat dalam usaha menyelamatkan pemandu dalam insiden tanah jerlus di Tanjong Katong pada Sabtu (26 Jul) ke Rumah Terbuka Istana sempena Hari Kebangsaan yang akan diadakan pada 3 Ogos.
Presiden Tharman berkata demikian selepas seorang netizen memberi cadangan tersebut di Facebook.
Presiden Tharman berkata demikian selepas seorang netizen memberi cadangan tersebut di Facebook.
Pengguna Facebook, Nick PT menulis dalam ruangan komen pada catatan Facebook Encik Tharman pada Ahad (27 Jul), mencadangkan supaya para pekerja hijrahan itu diundang ke Rumah Terbuka Istana.
Membalas komen itu, Encik Tharman berkata: "Tentu sekali. Terima kasih atas sentimen anda, seperti ramai yang lain di sini."
Membalas komen itu, Encik Tharman berkata: "Tentu sekali. Terima kasih atas sentimen anda, seperti ramai yang lain di sini."
Istana akan dibuka kepada orang ramai pada 3 Ogos sempena ulang tahun kemerdekaan ke-60 Singapura, dengan pelbagai acara disajikan termasuk persembahan secara langsung.
Meraikan tema SG60, "Membina Singapura Kita Bersama", rumah terbuka Istana tahun ini akan menawarkan aktiviti untuk semua peringkat umur, termasuk acara sukan dan seni interaktif, menurut Pejabat Presiden dalam satu kenyataan media pada Khamis (24 Jul).
Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.