Skip to main content

Singapura

Presiden Tharman bincang peluang perdalam kerjasama dengan PM Li Qiang & Presiden Zelenskyy

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Jan 2024 08:51PM Dikemas Kini : 17 Jan 2024 08:58PM
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam bertemu Perdana Menteri China Li Qiang, serta Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy sempena Forum Ekonomi Dunia di Davos.

Encik Tharman berkata terdapat banyak potensi bagi Singapura dan China untuk mengembangkan dan memperdalam kerjasama dalam ekonomi hijau.

Beliau turut menegaskan dasar "Satu China" Singapura untuk sekian lama dan konsisten, serta penentangan terhadap kemerdekaan Taiwan.

Dalam pertemuan Encik Tharman bersama Presiden Ukraine pula, beliau menekankan komitmen Singapura terhadap prinsip kemerdekaan politik, kedaulatan serta integriti wilayah untuk semua negara, besar ataupun kecil.
Presiden Tharman Shanmugaratnam (kiri) dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy (kanan). (Gambar: Tharman Shanmugaratnam/Facebook)
Encik Zelenskyy berterima kasih kepada Singapura atas sokongan kepada Ukraine.

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan peluang kerjasama sebagai persediaan apabila Ukraine kembali aman.
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita