Skip to main content

Singapura

Presiden Tharman akan lakukan lawatan kerja ke Geneva dan Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Tharman akan lakukan lawatan kerja ke Geneva dan Malaysia
Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isterinya. (Gambar fail: CNA)
Diterbitkan : 17 Aug 2025 09:54AM Dikemas Kini : 17 Aug 2025 09:55AM
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam akan melakukan lawatan kerja selama empat hari ke Geneva, Switzerland dari esok (18 Ogos) hingga Khamis.

Beliau akan menghadiri mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Forum Ekonomi Dunia serta Majlis Perusahaan Antarabangsanya.

Presiden Tharman juga akan bertemu dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia serta beberapa pemimpin perniagaan terpilih.

Ketika di sana, beliau juga akan beramah mesra dengan warga Singapura yang tinggal di Switzerland.

Selepas Switzerland, Presiden Tharman akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Ipoh, Malaysia dari 25 hingga 26 Ogos, sebagai Canselor Universiti Nasional Singapura N-U-S.

Presiden Tharman akan diraikan oleh Sultan Perak, yang juga Canselor Universiti Malaya.

Kedua-dua Canselor juga akan menyertai simposium akademik bersama UM-NUS mengenai kesihatan jitu.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita