Skip to main content

Singapura

Presiden Tharman adakan lawatan rasmi ke Filipina esok

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Aug 2024 06:19PM Dikemas Kini : 14 Aug 2024 09:09PM
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam akan melakukan lawatan negara ke Manila bermula esok (15 Ogos) hingga Sabtu (17 Ogos) atas undangan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr.

Tahun ini turut menandakan genap 55 tahun sejak hubungan diplomatik terjalin antara kedua-dua buah negara.

Presiden Tharman akan diberikan sambutan penuh istiadat di Istana Malacanang, selain bertemu Presiden Marcos Jr.

Kedua-dua pemimpin kemudian akan menyaksikan pemeteraian perjanjian berhubung kakitangan jagaan kesihatan dan kredit karbon.

Presiden Tharman juga akan menghadiri satu jamuan negara.

Beliau kemudian akan mengunjungi Pusat ASEAN untuk Biodiversiti dan Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa bagi membincangkan bidang kerjasama yang boleh diterokai.

Ini termasuk pertanian mampan dan pemuliharaan biodiversiti.

Presiden Tharman juga akan bertemu para usahawan dan rakyat Singapura yang bermastautin di Filipina.

Selepas itu, Presiden Tharman akan melakukan lawatan kerja ke Geneva di Switzerland mulai Selasa (20 Ogos) bagi mesyuarat Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

Beliau kemudian akan menuju ke Paris bagi menyokong atlet Team Singapore yang bertanding dalam Sukan Paralimpik.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita