Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Sepak Takraw SG digantung khidmat 10 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Sepak Takraw SG digantung khidmat 10 tahun

Gambar: ASTAF

Diterbitkan : 03 Dec 2022 04:06PM Dikemas Kini : 03 Dec 2022 07:58PM
KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Sepaktakraw Singapura (PERSES) Mohd Nasri Haron dikenakan sekatan selama 10 tahun bermula 30 November lalu oleh Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF).

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin ASTAF Yogender Singh Dahiya berkata Mohd Nasri juga perlu membayar balik AS$15,000 (S$20,285) kepada badan itu bagi menampung kos mengadakan perbicaraan yang melibatkan seluruh jawatankuasa disiplin antarabangsa itu dan kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan tambahan dua tahun sekatan. 

Yogender Singh berkata Mohd Nasri menghadapi lima tuduhan berkaitan suratnya sebagai Naib Presiden ASTAF dan Presiden PERSES yang disalin kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan