Skip to main content

Singapura

Presiden Romania Klaus adakan lawatan rasmi 4 hari ke SG

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Romania Klaus adakan lawatan rasmi 4 hari ke SG

Presiden Romania Klaus Werner Iohannis. (Gambar: AFP)

SINGAPURA: Presiden Romania Klaus Werner Iohannis akan mengadakan lawatan rasmi empat hari ke Singapura atas undangan Presiden Halimah Yacob.

Lawatan itu juga sempena ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Presiden Iohannis diiringi Wanita Pertama Carmen Iohannis dan para pegawai kanan Romania.

Beliau akan disambut dalam satu upacara beristiadat di Istana pada Jumaat (10 Mac).

Presiden Iohannis dijadual bertemu dengan Presiden Halimah dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Sejenis bunga orkid hibrid juga akan diberi nama sempena nama Presiden Romania itu dan isterinya bagi memperingati lawatan mereka ke Singapura.

Mereka juga bakal menghadiri satu majlis jamuan negara.
 
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita