Presiden Persatuan Guaman minta naib presiden letak jawatan; komen kes rogol terima kecaman hebat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Persatuan Guaman Singapura meminta Chia Boon Teck meletak jawatan sebagai naib presiden dan anggota majlis persatuan itu selepas komen beliau mengenai satu kes rogol baru-baru ini mengundang kecaman.
"Komen dan pandangan dalam catatan LinkedIn Encik Chia Boon Teck tidak boleh diterima," kata presiden Persatuan Guaman, Lisa Sam, dalam kenyataannya pada Selasa (25 Mac).
"Prinsip moral mangsa tidak harus dipersoalkan dengan cara sebegini. Komen dan pandangan seumpama itu juga tidak sesuai bagi seseorang yang memegang jawatan kepimpinan."
Encik Chia sebelum ini membuat catatan di LinkedIn mengenai kes bekas pelakon Wah!Banana, Lev Panfilov, yang disabitkan kesalahan merogol, serangan seksual dengan penembusan dan mencabul kehormatan, kesemuanya melibatkan mangsa wanita yang sama.
Dalam catatan beliau, Encik Chia seakan mempersoalkan tindakan mangsa semasa kejadian tersebut.
Komen beliau dilihat sebagai memalukan mangsa, sekali gus mengundang kritikan hebat daripada peguam lain, kumpulan advokasi AWARE, serta Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam.

Encik Chia adalah pengarah urusan bersama syarikat guaman Chia Wong Chambers.
Menurut profil beliau di laman syarikat guamannya, beliau telah menjadi naib presiden Persatuan Guaman sejak Ogos 2023 dan sebelum itu merupakan bendahari persatuan tersebut.
Persatuan Guaman mewakili peguam dan mengekalkan piawai bidang pekerjaan itu di Singapura.
Cik Sam dipilih semula sebagai presiden persatuan tersebut pada November 2024.
Beliau adalah rakan urusan di Lisa Sam dan Syarikat, yang dimulakan beliau pada 2004.
Dalam kenyataannya pada Isnin, Persatuan Guaman menyatakan komen Encik Chia "tidak mewakili, dan tidak menggambarkan pandangan Persatuan Guaman."
GESAAN UNTUK LETAK JAWATAN
Komen Encik Chia dalam catatan LinkedIn yang kini telah dipadam juga menyebabkan gesaan daripada peguam-peguam lain untuk beliau meletak jawatan.
Profil beliau kini tidak lagi disediakan di platform media sosial tersebut.
Rakan urusan bersama di TSMP Law Corporation, Stefanie Yuen Thio, berkata isu ini melampau batas "sekadar komen mengenai kes jenayah."
"Saya sangat terkejut dengan sikap individu yang memegang jawatan pemimpin dalam badan guaman. Saya mempelawa beliau untuk memberi penjelasan kepada peguam lain – baik lelaki mahupun wanita.
"Tanpa penjelasan yang boleh diterima, beliau seharusnya meletak jawatan daripada Majlis Persatuan Guaman," kata Cik Thio.
Peguam terkenal, termasuk peguam jenayah Shashi Nathan dari Withers KhattarWong, turut menyuarakan sentimen yang sama.
Individu lain, termasuk Clarence Lun dari Fervent Chambers, turut menggesa agar Encik Chia meletak jawatan daripada Persatuan Guaman.
Dalam satu catatan di Facebook pada Isnin, Encik Shanmugam membidas Encik Chia dan berkata beliau "terkejut" dengan komen beliau.
Encik Shanmugam menegaskan bahawa Encik Chia seolah-olah mencadangkan bahawa mangsa dalam kes Panfilov "tidak sepatutnya dipercayai" walaupun Mahkamah Tinggi mendapati mangsa "seorang saksi yang sangat meyakinkan", dengan bukti yang "konsisten secara dalaman dan luaran".

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Encik Chia berkata pada Isnin: "Sebagai seorang peguam jenayah, bukan niat saya untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi untuk menekankan kepentingan kesedaran situasi – baik untuk menjaga diri daripada diserang dan untuk mengelakkan tindakan yang boleh disalahertikan kemudian."
"Komen saya bertujuan untuk menggalakkan cerminan diri tentang bagaimana individu boleh melindungi diri mereka dengan lebih baik dalam keadaan sosial. Ini bukan tentang mengalihkan tanggungjawab tetapi memahami risiko dunia nyata."

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.