Presiden Persatuan Guaman Adrian Tan meninggal dunia pada usia 57 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Presiden Persatuan Guaman, Adrian Tan, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Sabtu (8 Jul) selepas bertarung dengan penyakit barah selama lebih setahun. Beliau meninggal dunia pada usia 57 tahun.
Encik Tan, seorang rakan kongsi di firma guaman TSMP Law Corporation, disahkan menghidap barah pada Mac 2022 dan mendedahkan tentang keadaannya pada Julai tahun lalu dalam catatan di laman rangkaian profesional LinkedIn.
Beliau berkongsi bagaimana beliau mula jatuh sakit kira-kira sebulan sebelum beliau disahkan menghidap barah. Hanya apabila keadaannya "bertambah teruk" barulah beliau berjumpa doktor dan kemudiannya disahkan menghidap barah.
Encik Tan, yang menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Guaman sejak 1 Januari 2022, merupakan tokoh yang lantang bersuara di media sosial mengenai pelbagai isu, daripada industri perundangan hingga ke isu-isu sosial.
Encik Tan, yang sudah berkhidmat sebagai seorang peguam selama lebih 30 tahun, juga terkenal dengan karya penulisannya yang berjudul 'The Teenage Textbook' dan 'The Teenage Workbook' pada lewat tahun 1980-an, yang kemudiannya diadaptasi menjadi filem dan sebuah siri televisyen.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.