Presiden PERGAS rayu masyarakat sokong asatizah pada Ramadan ini, tambah duit sumbangan
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jumlah duit sumbangan yang diterima para asatizah yang diundang sebagai imam atau penceramah, tidak meningkat dengan banyak dalam hampir masa dua dekad.
Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS), Tarmizi Abdul Wahid berkata jumlah itu juga tidak sejajar dengan kos sara hidup yang meningkat.
Dalam satu catatan di Facebook, Ustaz Tarmizi berkata, "Saya sudah diundang sebagai Imam dan penceramah selama 19 tahun sekarang, Alhamdulillah dan rakan-rakan saya akan bersetuju dengan saya bahawa jumlah duit sumbangan yang kami terima tidak bertambah dengan banyak dan tentu sekali tidak sejajar dengan kenaikan kos sara hidup, menjadikannya mencabar untuk kebanyakan kita."
Oleh itu sempena Ramadan ini, beliau merayu masyarakat untuk memberikan habuan tambahan atau sumbangan kepada para asatizah yang diundang untuk menyampaikan ceramah di rumah atau yang disantuni di masjid semasa menunaikan solat tarawih.
Ustaz Tarmizi juga tidak menetapkan jumlah yang patut diberikan dan katanya, "bergantung berapa yang dimampui dan seikhlas hati"
"Bulan Ramadan boleh dikatakan sebagai waktu sibuk bagi kebanyakan mereka (asatizah) - selalu meluangkan banyak waktu berjauhan daripada keluarga di rumah untuk memenuhi keperluan masyarakat. Duit yang mereka belanjakan untuk pengangkutan juga telah meningkat. Perkara terakhir sekali yang kita mahu mereka risaukan adalah jika mereka ada cukup untuk keperluan asas dan menyediakan makanan untuk keluarga mereka," kata Ustaz Tarmizi yang juga merupakan pengasas Safinah Holdings Pte Ltd.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada masyarakat yang selama ini telah menyokong para asatizah.
"Perkara hebat tentang asatizah kita yang saya selalu banggakan ialah mereka akan tetap hadir, tidak kira apa juga keadaan mereka. Mereka tidak merintih dan memberikan yang terbaik di mana sahaja yang diperlukan," kata Ustaz Tarmizi.
Menurutnya, sekitar 2,500 asatizah iaitu 50 peratus asatizah tidak bekerja atau mendapat gaji tetap.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.