Presiden Perancis Macron dan PM Wong ke Lau Pa Sat, cuba makanan tempatan
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Perancis Emmanuel Macron dan PM Lawrence Wong lawat Lau Pa Sat pada 29 Mei 2025. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong bersesak-sesak dengan orang ramai yang sedang makan malam di Lau Pa Sat pada Khamis (29 Mei), hari pertama lawatan negara dua hari Encik Macron ke Singapura.
Kedua-dua pemimpin negara itu tiba di pusat penjaja di pusat bandar itu sejurus selepas pukul 9.00 malam dan disertai oleh isteri masing-masing, Cik Brigitte Macron dan Cik Loo Tze Lui.
Encik Macron dan Encik Wong dihujani permintaan 'wefie' setiap beberapa langkah, tetapi dengan sabar mengambil beberapa gambar dan berbual ringkas dengan beberapa pengunjung.
Ramai pengunjung berdiri di atas meja dan kerusi untuk merakam gambar dan video kedua-dua pemimpin itu. Ada yang membuat siaran langsung peristiwa itu, manakala yang lain dilihat membuat panggilan video kepada orang tersayang untuk menunjukkan kepada mereka suasana tersebut.
Walaupun dalam keadaan sibuk dan riuh-rendah, presiden Perancis itu sempat mencuba beberapa hidangan tempatan.
Apabila kedua pemimpin itu menuju ke lorong sate di kawasan terbuka, beberapa pengunjung bersorak “vive la France”, atau "hidup Perancis".
Kedua-duanya beredar sekitar pukul 9.45 malam.

Encik Macron akan menghadiri upacara sambutan rasmi di Bangunan Parlimen pada Jumaat, dan bertemu Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam. Satu jamuan negara akan diadakan bagi meraikan Encik Macron dan isterinya.
Encik Macron juga akan bertemu Encik Wong sekali lagi pada Jumaat, untuk menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman yang merangkumi kerjasama dalam bidang seperti pertahanan dan keselamatan, hal ehwal undang-undang, kecerdasan buatan dan pengangkutan, antara lain.
Semasa di Singapura, Encik Macron juga akan menyampaikan ucaptama di Dialog Shangri-La, forum terbesar Asia mengenai keselamatan dan pertahanan.
Presiden Perancis itu akan berada di Singapura sehingga Jumaat.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.