Skip to main content

Singapura

Presiden Perancis Emmanuel Macron lakukan lawatan 2 hari ke SG

Presiden Perancis Emmanuel Macron tiba di Singapura pada Khamis (29 Mei) bagi lawatan negara selama dua hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Perancis Emmanuel Macron lakukan lawatan 2 hari ke SG

Presiden Perancis Emmanuel Macron berucap pada Sidang Kemuncak Choose France yang bertujuan menarik pelabur asing ke negara itu, di Chateau de Versailles, berhampiran Paris, Perancis pada 19 Mei 2025. (Gambar fail: REUTERS/Pool/Gonzalo Fuentes)

SINGAPURA: Presiden Perancis Emmanuel Macron tiba di Singapura pada Khamis (29 Mei) bagi lawatan negara selama dua hari.

Beliau akan diberi sambutan penuh istiadat di Parlimen pada Jumaat (30 Mei).

Selain itu, Encik Macron juga akan bertemu dengan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.

Presiden Tharman turut menjadi tuan rumah bagi acara jamuan negara sebagai penghormatan kepada Encik Macron.

Perdana Menteri Lawrence Wong dan presiden Perancis itu akan menyaksikan bersama pertukaran kerjasama yang merangkumi bidang seperti pertahanan dan keselamatan, kecerdasan buatan (AI) dan pengangkutan.

Singapura dan Perancis turut meraikan 60 tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Dalam pada itu, Presiden Macron juga akan menyampaikan ucap tama di Dialog Shangri-La 2025.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita