Presiden Korea Selatan lawat SG, perkukuh hubungan diplomatik
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Bryan R. Smith / AFP)
SINGAPURA: Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berada di negara ini selama tiga hari dari Isnin (7 Okt) atas undangan Presiden Tharman Shanmugratnam.
Presiden Yoon akan diberi sambutan beristiadat di Istana.
Lawatan Presiden Yoon itu dilakukan menjelang ulang tahun ke-50 jalinan hubungan diplomatik antara Singapura dengan Korea Selatan pada 2025.
Semasa di sini, Presiden Yoon dan Perdana Menteri Lawrence Wong akan menyaksikan upacara menandatangani satu perjanjian ekstrasidi serta perjanjian-perjanjian lain dalam bidang perdagangan, tenaga dan teknologi.
Presiden Yoon juga akan menerima sambutan negara di Bangunan Parlimen dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Lee Hsien Loong.
Atur cara lawatan pemimpin Korea Selatan itu termasuk menyampaikan ucapan di Ceramah Singapura ke-47 dan di Forum Perniagaan Singapura-Korea.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.