Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Joko Widodo lakukan lawatan ke SG bagi hadiri retreat pemimpin

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Mar 2023 08:41PM Dikemas Kini : 15 Mar 2023 11:17PM
SINGAPURA: Presiden Indonesia Joko Widodo akan melakukan lawatan ke Singapura pada Khamis (16 Mac) bagi menghadiri Retreat Pemimpin Singapura-Indonesia bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Retreat tahun ini adalah yang keenam diadakan antara kedua-dua pemimpin itu.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), PM Lee dan Encik Jokowi akan menyemak kemajuan dalam kerjasama dua hala antara kedua-dua negara sejak retreat tahun lalu di Bintan, Indonesia.

Ini termasuk tiga perjanjian di bawah Rangka Kerja yang Diperluaskan, yang disahkan semasa retreat lalu.

PM Lee dan Encik Jokowi juga akan menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MOU), yang dimeterai sebelum retreat itu, dalam bidang-bidang seperti daya tenaga, kemampanan, kesihatan, pembangunan modal insan dan keselamatan.

Selain itu, mereka juga akan saling berkongsi pandangan mengenai perkembangan serantau dan global.

Encik Widodo akan diiringi oleh perwakilan peringkat tinggi yang terdiri daripada menteri dan para pegawai kementerian.

Delegasi Singapura pula termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong, Menteri Kedua merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean serta menteri-menteri Kabinet lain.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan