Presiden Indonesia Prabowo Subianto lakukan lawatan 2 hari ke SG
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong (kanan), berjalan di samping Presiden Indonesia Prabowo Subianto ketika mereka memeriksa pengawal kehormat di Istana Merdeka di Jakarta, Indonesia pada 6 Nov, 2024. (Gambar: AP)
Ia merupakan lawatan pertamanya sejak beliau menyandang jawatan Presiden pada Oktober lalu.
Esok, Encik Prabowo akan diberi sambutan penuh istiadat di Parlimen sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden Tharman Shanmugaratnam.
Presiden Tharman turut menjadi tuan rumah bagi acara jamuan negara sebagai penghormatan kepada Encik Prabowo, menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Ahad.
Selain itu, Encik Prabowo juga akan bertemu dengan Perdana Menteri Lawrence Wong bagi Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia yang kelapan.
Ia juga rahat pertama bagi kedua-dua pemimpin sebagai Presiden Indonesia dan Perdana Menteri Singapura.
Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia tahun lalu dianjurkan oleh Indonesia di Bogor.
“Sebagai platform peringkat tertinggi antara kedua-dua negara, Rahat Pemimpin yang dianjurkan setiap tahun itu membuktikan hubungan dua hala yang sangat mesra dan hubungan dua hala yang mantap antara pemimpin kita,” menurut MFA dalam satu kenyataan media.
Encik Wong dan Encik Prabowo akan "mengesahkan semula kerjasama yang kukuh dan ketara antara Singapura dengan Indonesia dan melakarkan hala tuju seterusnya", menurut MFA.
HUBUNGAN TERJALIN SEKIAN LAMA
Singapura dan Indonesia berkongsi persahabatan yang sudah lama terjalin dan saling bekerjasama rapat dalam bidang-bidang seperti pertahanan, ekonomi hijau dan ketersambungan, menurut MFA.
Perjanjian Rangka Kerja Diperluaskan (EFA) dalam bidang pengurusan ruang udara, kerjasama pertahanan dan ekstradisi penjenayah berkuat kuasa pada Mac tahun lalu.
Singapura adalah sumber pelaburan asing utama Indonesia sejak 2014.
Tahun lalu, pelaburan dari Singapura ke Indonesia mencecah AS$20.1 bilion (S$25.75 bilion).
Beberapa projek ekonomi utama yang diusahakan oleh kedua-dua pihak termasuk Zon Perdagangan Bebas Batam-Bintan-Karimun, Taman Perindustrian Kendal dan Taman Digital Nongsa.
Sementara itu, Indonesia secara konsisten menjadi antara sumber utama pelawat ke Singapura, dengan ia mencatatkan 2.49 juta ketibaan pada 2024.
Pada 13 Jun lalu, kedua-dua pihak memeterai tiga memorandum persefahaman (MOU) mengenai perdagangan elektrik rentas sempadan,
Kedua-dua pihak pada 13 Jun menandatangani tiga memorandum persefahaman (MOU) mengenai perdagangan tenaga elektrik rentas sempadan, penangkapan dan penyimpanan gas karbon dioksida serta zon perindustrian yang mampan.
LAPORAN BERKAITAN:
Kerjasama itu meliputi isu keganasan serantau, keselamatan maritim dan pengendalian latihan, latihan serta operasi dua hala dan pelbagai hala.
Terdapat juga peluang untuk memperdalam kerjasama antara warga Singapura dengan Indonesia di bawah Aturan Perkongsian Modal Insan (HCPA) yang dimeterai semasa Rahat Pemimpin pada 2022.
Dalam lawatan kali ini, Encik Prabowo akan diiringi oleh Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia Airlangga Hartarto, Menteri Sekretaris Negara Republik Indonesia Prasetyo Hadi, Menteri Luar Negeri Sugiono, Menteri Pertahanan Sjafrie Sjamsoeddin, Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Bahlil Lahadalia, Menteri Pertanian Andi Amran Sulaiman, Menteri Investasi dan Hilirisasi Rosan Roeslani dan Sekretaris Kabinet Teddy Indra Wijaya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.