Presiden Halimah yakin Singapura dapat tangani situasi virus Wuhan
Presiden Halimah Yacob berkata virus Wuhan adalah satu keprihatinan seluruh masyarakat di sini termasuk pemerintah.
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata virus Wuhan adalah satu keprihatinan seluruh masyarakat di sini termasuk pemerintah.
Namun begitu, beliau yakin Singapura dapat menangani situasi ini dengan pengalaman yang ada dalam menangani SARS sebelum ini dan juga usaha pemerintah serta penduduk dalam melaksanakan respons yang berkesan.
"Pemerintah telah menubuhkan satu jawatankuasa silang agensi yang mana usahanya untuk menyepadukan usaha dalam mengadakan respons yang berkesan kepada virus Wuhan ini dan membantu masyarakat supaya mereka juga memberikan respons yang berpada dan sama-sama berkesan," ujar Presiden Halimah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.